≡ Menu

“Ilmu Adalah Buruan Dan Tulisan Adalah Ikatannya”

Seiring dengan norma baharu yang perlu disesuaikan oleh kita pada hari ini, banyak sebenarnya perkara baharu yang perlu kita jalani. Antara perkara yang menariknya adalah semuanya boleh dilakukan secara atas talian.

Jika dulu norma atas talian jarang digunakan, namun hari ini rasa janggal pula jika tidak memanfaatkannya.

Antara perkara yang menarik perhatian buat pencinta ilmu pula adalah anda boleh menghadiri mana-mana pengajian secara atas talian berdasarkan pilihan dan topik yang digemari.

Biasanya, ia lebih banyak berleluasa di laman Facebook serta Instagram. Sama ada pengajian tersebut berkait dengan pengajian agama atau apa jua bidangnya, pasti anda boleh mencarinya dengan sekali ketik sahaja.

Namun, apabila menjalani kelas pengajian secara atas talian, ia tidak bermaksud anda boleh sewenang-wenangnya mengabaikan adab menuntut ilmu. Sebaliknya, adab-adab tersebut hendaklah dikekalkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Antara adab yang sering dilupakan adalah mencatat ilmu. Sedangkan, mencatat ilmu sebenarnya merupakan perkara utama untuk ‘mengikat’ ilmu. Mengikat ilmu di sini membawa maksud untuk memastikan ia mudah diingati.

BACA:  Checklist Yang Perlu Kita Lakukan Sebelum Bulan Ramadhan Menjelma. Ayuh Persiapkan Diri Kita

Imam Syafi’e RA pernah berkata – “Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya. Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat. Termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang. Setelah itu, kamu tinggalkan begitu sahaja.” (Diwan Asy-Syafi’e)

A group of youth practice social distancing while reading Al-Quran inconjunction with the Nuzul Quran Day at Taman Puncak Jalil. The Nuzul Quran is Commemorates the day when the words of the Qur’an were first revealed to the Prophet Muhammad. Nuzul (which roughly translates as revelation) Al-Qur’an takes place on the 17th day of the month of Ramadan.
AZHAR MAHFOF/The Star (10/5/2020)

Daya ingatan manusia ada batasnya. Walaupun selepas kelas pengajian itu, kita akan menutup buku dan melupakan apa yang disampaikan, namun tidak mustahil jika suatu hari nanti kita ingin mencarinya kembali.

BACA:  Usah Buka Aib, Berilah Teguran Dengan Cara Tertutup. Lebih Sopan, Berhemah Dan Ikhlas

Menulis di sini bukanlah terbatas menulis di atas kertas sahaja, namun anda boleh menulis pada mana-mana ruang yang diingini seperti nota di telefon bimbit dan sebagainya.

Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin RA berkata – “Lupa ada ubatnya, namun dengan kurnia Allah, iaitu dengan penulisan. Kerana itu, Allah memberi kurnia kepada hambaNya melalui surah Al-Alaq. Kita lihat ayat kedua menyebut “mengajarkan dengan pena.” Ertinya ialah bacalah dengan hafalan, jika tidak dihafal maka dengan tulisanmu.

Di sini kita faham bahawa Allah memberi tahu kepada kita untuk mengubati penyakit lupa adalah dengan menulis. Sekarang, menulis pula adalah lebih mudah kerana banyak platform boleh dicapai seperti juga dalam bentuk rakaman.” (Mutshalah Hadis Syaikh Al-Utsaimin)

Kesimpulan

Mencatat ilmu tidak bermaksud anda perlu menyalinnya di atas kertas sahaja. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai cara dan paltform yang ada boleh membantu memudahkan anda.

Jadi, manfaatkan kemudahan itu dengan sebaik-baiknya untuk mengekalkan adab dalam menuntut ilmu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.