≡ Menu

Ingat Mati, Sakit Bukan Syarat Mati Kerana Ajal Menjemput Tidak Mengira Masa Dan Usia. Insaflah

HIDUP di dunia ini begitu mempesonakan, ‘menyihir’ mata dan telinga, malah hati serta jiwa. Pun demikian, apabila digoda dengan harta, manusia mudah alpa sehingga terjerumus ke dalam jurang kebinasaan.

Ketahuilah bahawa bumi yang dihuni kita pada hari ini hanyalah bersifat sementara, akhiratlah merupakan tempat paling abadi.

Dalam kitabullah, ALLAH SWT jelas mengingatkan umat-NYA untuk mengutamakan akhirat. Renungilah sedalam-dalamnya maksud di dalam Surah al-An’am, ayat 32: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Tidak salah sebenarnya untuk mengecapi nikmat dunia seperti memiliki kemewahan, namun kita tidak boleh sesekali lupa dengan kehidupan di alam abadi. Mengertilah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

ALLAH telah menentukan ajal setiap insan sejak azali lagi. Apabila sampai ketikanya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam Islam, di antara amalan yang diajar kepada umatnya adalah sentiasa mengingati mati. Maut diumpamakan sebagai ‘jodoh’ yang akan kita temui pada penamat perjalanan dalam hidup ini.

BACA:  Zikir Yang Mudah Diamalkan Selepas Solat Subuh. Bacalah Sebelum Keluar Mencari Rezeki

Justeru, mengapa kita digalakkan untuk ingat kepada kematian? Apakah fadilat dan bekalan yang perlu kita sediakan untuk menghadap ALLAH kelak?

Elak maksiat, dosa

Pada umumnya, hukum mengingati mati adalah sunat.

Terdapat banyak dalil di dalam al-Quran dan hadis yang memberi peringatan tersebut. ALLAH berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya.”

Dalam Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian).”

Mengapa umat Islam disaran untuk sentiasa berfikir tentang ajalnya?

“Pertama, seperti yang disebut dalam hadis tadi, dengan mengingati mati, hati manusia akan terputus daripada kelazatan dunia yang sering melalaikan.

BACA:  Awas, Ini 7 Tanda Tanda Menghidap Kanser Prostat. Periksa Diri Sendiri

Kelalaian terhadap dunia sering menyebabkan manusia melakukan perbuatan maksiat, dosa dan kezaliman. Dengan mengingati mati, manusia menjadi lebih berhati-hati dengan perbuatan dosa dan maksiat,” terangnya sambil menambah, tidak lupa kepada ajal juga boleh mendorong seseorang untuk menggandakan amal kebajikan dan kebaikan sebagai persediaan menghadapi maut.

“Selain itu, manusia dapat menghindarkan sifat keji seperti sombong, tamak, rakus dan pentingkan diri sendiri.

“Seseorang juga dianggap sebagai bijak kerana bersedia menghadapi kematian, mereka akan rugi dan menyesal jika tiada persediaan yang cukup. Ini kerana kematian adalah satu kepastian dan hanya amalan yang baik akan menjadi bekalan di alam abadi nanti,” katanya.

Pernyataan itu diperkukuhkan lagi dengan sabda baginda dalam Hadis Riwayat Ibn Majah yang bermaksud: “Mukmin yang bijak adalah mereka yang banyak mengingati mati. Dan sebaik-baik mereka adalah orang yang bersedia (dengan bekalan) selepasnya, merekalah orang-orang yang bijak.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.