≡ Menu

Ingatkan Untuk Masakan Sahaja, Ini Kegunaan Lain Serbuk Kunyit.

Khasiat Serbuk Kunyit untuk Tanaman

Kunyit hidup atau serbuk kunyit merupakan ramuan yang cukup sinonim dalam masakan Melayu.

Ia terkandung pelbagai khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Bagi pemilik tanaman di rumah atau kebun, anda juga boleh gunakan serbuk kunyit untuk menyihatkan dan melindungi tanaman daripada serangga atau penyakit.

Berikut dikongsikan beberapa kebaikan dan khasiat serbuk kunyit untuk tanaman anda di rumah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4 KHASIAT & KEBAIKAN SERBUK KUNYIT UNTUK TANAMAN

1. Sebagai Agen Pertumbuhan Akar Semulajadi

Tumbuhan yang boleh ditanam melalui keratan batang seperti pokok mulberi dan pokok bunga raya memerlukan bantuan hormon pengakaran atau ‘rooting hormon’ bagi menghasilkan akar sendiri.

Hormon pengakaran seperti ‘auxin’ boleh didapatkan di kedai tanaman hiasan.

Namun, bagi anda yang gemarkan kaedah yang lebih organik, apa kata anda cuba buat hormon pengakaran sendiri di rumah menggunakan serbuk kunyit?

Caranya ialah seperti berikut :

  1. Campurkan serbuk kunyit, madu, dan sedikit air. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Celupkan keratan batang yang ingin ditanam ke dalam pes dan biarkan ia kering seketika.
  3. Tanam keratan batang yang telah dicelup tadi ke dalam pasu.
BACA:  Suami Yang Suka Menipu Isteri, Rezeki Susah Masuk

2. Sebagai Penghalau Serangga Perosak yang Hinggap di Tanaman

Ada masanya tanaman kita diserang serangga seperti semut dan lalat. Kalau nak gunakan racun serangga nanti takut berbahaya untuk pokok pula.

Anda boleh cuba gunakan serbuk kunyit sebagai penghalau serangga yang tidak merosakkan tanaman.

Cara-caranya ialah dengan taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman atau di atas tanah mengelilingi tanaman.

Bau serbuk kunyit yang kuat pasti akan membuat serangga takut untuk datang lagi ke tanaman anda.

Apabila anda siram pokok pula, serbuk kunyit akan diserap masuk ke dalam tanah. Ini akan membantu melindungi akar pokok daripada serangan kulat.

3. Melindungi Dahan Pokok Selepas Dicantas

Bila dahan pokok patah atau dicantas, bahagian dalaman pokok akan terdedah kepada persekitaran yang berbahaya seperti serangan penyakit atau serangga.

Serbuk kunyit juga boleh digunakan untuk melindungi dahan pokok dan memastikan pokok berada dalam keadaan baik walaupun terdedah.

Caranya ialah menyapu campuran serbuk kunyit dengan air pada bahagian dahan yang dicantas.

Sapukan dengan rata supaya tiada bahagian yang terdedah.

BACA:  Temui Kepuasan Dalam Bersederhana. Itulah Rasa Syukur Yang Perlu Kita Cari

4. Melindungi Daun Pokok daripada Serangan Kulat dan Serangga

Selain penggunaan serbuk, anda juga boleh sediakan ‘spray’ air kunyit untuk pelbagai kegunaan dalam penjagaan pokok.

Caranya cukup mudah. Hanya campurkan 20 gram serbuk kunyit dengan 1 liter air, atau 80 gram serbuk kunyit dengan 1 gallon air jika anda ada banyak pokok di rumah. Kacau sehingga larut dan masukkan dalam botol ‘spray’.

Anda boleh sembur terus pada daun yang dijangkiti kulat atau serangga. Ulangi semburan sebanyak 2 minggu sekali.

Memandangkan kunyit boleh meninggalkan kesan warna kuning, ‘spray’ ini tidak sesuai digunakan untuk tumbuhan dalam rumah atau tumbuhan berbunga.

WAH, BANYAK KEBAIKANNYA!

Serbuk kunyit memang banyak kegunaan untuk kesihatan seisi keluarga. Ia juga boleh digunakan untuk memastikan tanaman di rumah sentiasa sihat dan terlindung daripada serangan penyakit atau serangga.

Serbuk kunyit mengandungi komponen antibakteria dan antikulat, bebas racun dan bahan kimia berbahaya serta amat baik digunakan untuk penjagaan tanaman secara organik.

Hanya dengan beberapa cara mudah, tanaman kesayangan anda juga boleh mendapatkan manfaat daripada serbuk kunyit.

Selamat mencuba!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.