≡ Menu

Ingatlah, Bekerja Itu Satu Ibadah. Jangan Sia-Siakan 8 Jam Sehari Hanya Untuk Lalai KepadaNya

Mencari rezeki yang halal lagi berkat merupakan salah satu perkara yang dituntut dalam agama Islam.
“Ia juga adalah ibadah kepada ALLAH SWT. Menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk memastikan keseluruhan proses pencarian rezeki mematuhi syariat bermula daripada niat sehinggalah kita memiliki hasil rezeki tersebut,“ ujarnya.

Dalam Surah al-Jumu‘ah, ayat 10, ALLAH berfirman: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia ALLAH, serta ingatlah akan ALLAH banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).“

Sementara dalam Surah Al-Ankabut, ayat 17, ALLAH berfirman: “Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain daripada ALLAH itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi ALLAH, dan sembahlah akan DIA, serta bersyukurlah kepada-NYA; (ingatlah), kepada ALLAH jualah kamu akan dikembalikan.“

jika diteliti kedua-dua ayat tersebut, kaedah mencari rezeki boleh dirumuskan kepada lima pecahan.
Pertama, jangan meninggalkan solat sepanjang mencari wang. Kedua, dapatkan daripada perolehan yang halal.

Pendekatan seterusnya adalah tidak menyekutukan ALLAH SWT, sentiasa mengingati-NYA dan selalu bersyukur.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Paling akhir dan penting sekali, beroleh kejayaan di dunia dan akhirat kerana kita semua akan kembali kepada-NYA,“ katanya ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.

Dalam pada itu, tidak kira sama ada berkerja di ofis berhawa dingin atau membanting tulang empat kerat di bawah terik mentari, rasa penat memang tidak dapat dielakkan.

Ya, benar keadaan seumpama itu memang sesiapa pun tak boleh nafikan. Namun, tatkala kita rasa penat ataupun lelah ketika mencari rezeki, maka cepat-cepatlah beristighfar dan berselawat agar ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan kita,“ katanya.

Dalam Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa yang sentiasa melazimi istighfar, ALLAH menjadikan baginya setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap keluh-kesah itu kelapangan dan ALLAH juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

“Menjawab pertanyaan tentang pernyataan bahawa ALLAH SWT akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang keluar mencari nafkah, pendakwah itu lantas berkata: “Apabila berbicara soal dosa dan pahala, ia perlu dirujuk kepada ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA dan MAHA MENGETAHUI. Seperti yang telah saya katakan tadi, untuk mendapat ganjaran dan ibadah diterima, kita perlulah memastikan niat dan proses mencari nafkah tidak lari daripada batasan serta syariat. Setelah kita melaksanakannya dengan baik, kita pasti akan mendapat ganjaran dan tiada sesiapa pun dapat menghalang rezeki kita kerana hanya DIA menentukan semua. Cuma yang membezakannya adalah sama ada cepat atau lambat sahaja.“

Belajar bersyukur

Seluruh umat Islam untuk sentiasa mendidik hati dan minda supaya bersyukur di atas segala nikmat dan anugerah yang dikurniakan-NYA.

Jangan pula siang dan malam berhajat itu dan ini, namun apabila segalanya dimakbulkan, kita lupa untuk menitip rasa berterima kasih kepada-NYA.

ALLAH telah pun memberi peringatan tentang hal tersebut dalam Surah al-‘Araf, ayat 10: “Dan sesungguhnya KAMI telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan KAMI jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.“

BACA:  Inilah Dosa yang 1000 Kali Lebih Besar dari Berzina

Kehidupan seseorang insan akan lebih bermakna sekiranya rezekinya dikongsi bersama dengan golongan yang memerlukan. Pertolongan itu bakal membantu mereka di akhirat kelak.

Selagi pekerjaan itu selari dengan syariat dan halal, maka setiap tindakan sepanjang melaksanakannya akan diberi pahala.
Memetik sabda baginda: “Sesungguhnya kamu tidak membelanjakan suatu biaya (yang tujuannya) kerana ingin mendapatkan reda ALLAH melainkan kamu akan diberi pahala melaluinya, sehinggakan apa yang kamu beri makan ke dalam mulut isterimu (melalui hasil usaha kerja yang dilakukan).“ (Hadis Riwayat Bukhari)

Ganjaran besar

Daripada Abu Hurairah, baginda bersabda: “Satu dinar yang kamu belanjakan di jalan ALLAH, satu dinar yang kamu gunakan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang kamu sedekah kepada orang miskin, dan satu dinar yang kamu biaya keluargamu; yang paling besar ganjaran pahalanya ialah yang kamu gunakan untuk membiayai keluargamu.“ (Hadis Riwayat Muslim)

Islam memandang tinggi dan menyukai umat yang melaksanakan tugasan dengan tekun dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja yang dilakukan.

Sikap seumpama itu menunjukkan bahawa dia seorang yang amanah dengan kewajipan yang diberikan. Pada masa sama, mereka sebenarnya sedang menuju cinta dan kasih sayang ALLAH,“

 

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.