≡ Menu

Ingatlah, Dunia Itu Hanya Sementara. Akhirat Itu Kekal Selamanya


Dunia Sementara

Begitu laju masa berputar, sekejap sahaja tahun berlalu dan kita pula sudah memasuki tahun baru Hijrah. Acap kali kita menyusun perancangan untuk dimuat dalam takwim tahun baru agar beroleh kehidupan yang lebih baik berbanding yang telah berlalu walaupun terkadang terasa begitu berat dalam menggapai sesuatu impian. Itulah sifat orang beriman seperti yang termaktub dalam firmanNya;

“Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

BACA:  Bolehkah Memberi Harta Yang Haram Kepada Keluarga? Baca Penjelasan Dari Sudut Syarak

Maka, selepas kita merancang, kita menyerahkan segala usaha dengan doa dan tawakal kepadaNya. Perlu disemat kesabaran yang tinggi dalam menempuh setiap cabaran di sepanjang jalan kerana onak dan duri pasti banyak terselit. Seorang Mukmin yang baik akan optimis dan yakin kepada Allah Azza wa Jalla yang menjanjikan kebaikan untuk mereka yang bersabar. Almarhum Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa perkataan sabar merupakan perkataan terbanyak di dalam Al-Quran dalam bab akhlak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sumber: https://t.me/kapsul_tazkirah

https://www.facebook.com/profile.php?id=100089802003872

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.