≡ Menu

Ingatlah, Hidup Itu Ibarat Roda. Adakala Kita Di Atas, Adakalanya Kita Di Bawah

Diriwayatkan bahawa Ahmad bin Hanbal Rahimallahu pernah mengunjungi Baqi’ bin Mukhallad yang sedang terbaring sakit, lalu beliau meyapa Baqi’ :

“Wahai Abu Abdur Rahman, bergembiralah dengan ganjaran yang Allah janjikan, baik pada hari-hari sihat ketika tidak ada rasa sakit di dalamnya mahupun pada hari-hari sakit ketika tidak ada lagi kesihatan di dalamnya.

Maksudnya, pada saat merasakan sihat tidak pernah terlintas dalam benak manusia akan adanya masa sakit. Perkara itu menyebabkan semangat manusia menjadi semakin kuat, harapannya semakin banyak, keinginan yang hendak dicapai semakin tinggi. Sebaliknya, pada saat merasakan sakit, tidak pernah terlintas akan mejadi sihat. Perkara ini menyebabkan jiwa diliputi harapan yang tidak berdaya, semangat yang melemah dan putus asa. Perkataan Imam Ahmad ini berdasarkan pada firman Allah S.W.T. berikut ini :

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nimat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagian sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: “Telah hilang bencana itu daripadaku,” sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga. Kecuali orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Hud : 9-11)

Al-Hafiz Ibnu Kathir Rahimahullah berkata di dalam tafsirnya : “Allah Yang Maha Tinggi memberitahukan kepada kita tentang manusia dan sifat-sifat tercela yang ada dalam diri mereka, kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Allah, iaitu para hambaNya yang beriman. Manusia, apabila ditimpa suatu kesulitan setelah adanya limpahkan nikmat, maka mereka akan segera menjadi putus asa dan patah semangat untuk mencapai kebaikan di masa hadapan. Pada saat yang sama, mereka juga mengingkari semua nikmat yang telah dianugerahkan pada masa lalu, seakan-akan mereka belum pernah merasakan nikmat dan seakan-akan tidak pernah mengharapkan jalan keluar.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Demikian pula halnya, ketika mereka mendapat limpahan nikmat setelah ditimpa kesulitan :

…telah hilang bencana-bencana itu dariku…
(Hud : 10)

Ertinya, tidak akan ada lagi kesulitan dan keburukan yang akan menimpanya lagi.

…sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga.
(Hud : 10)

Ayat ini menjelaskan bahawa mereka bangga dengan apa yang mereka miliki, bersikap sombong dan selalu membanggakan diri kepada orang lain.

Kecuali orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Hud : 11)

Salah seorang daripada ulama salaf telah berwasiat kepada saudaranya : “Jadikanlah keinginanmu itu kepada satu arah sahaja, yakni keinginan bertemu dengan Allah, bahagia di akhirat dan damai di sisiNya.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.