≡ Menu

Inginkan Syurga, Salah Satu Jalan Pengakhiran Yang Baik

Jika anda menderita kelaparan, kekurangan, kesedihan, menderita pemyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian, dizalimi, maka ingatkanlah diri anda pada kenikmatan syurga yang kekal abadi. Sekiranya anda benar-benar menyakini “jalan” ini dan mengamalkannya, nescaya anda akan mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.

Manusia yang paling berakal adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu berorientasikan akhirat dengan meyakini bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat mereka, rumah mereka dan tujuan akhir dari semua harapan mereka.

Manusia yang berfikiran sedemikian, adalah orang yang paling sedih ketika menghadapi sesuatu musibah dan orang yang paling menyesal ketika ditimpa sesuatu bencana. Itu semua, hanyalah kerana mereka memandang kepada kehidupan dunia yang fana dan hina ini. Mereka tidak pernah memikirkan perkara yang lain, selain kepentingan dunia, tidak melakukan sesuatu kecuali hanya untuk dunia. Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikit pun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dicemar dan diusik.

Sebaliknya, sekiranya mereka membuka tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada diri mereka sendiri tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan yang akan diperolehi di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang indah. Mereka juga akan senantiasa terdiam mendengarkan penjelasan-penjelasan wahyu Ilahi tentang gambaran keindahan akhirat. Dan sesungguhnya – demi Allah – akhirat itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali (rumah) yang layak untuk diberikan perhatian dan memerlukan usaha yang keras untuk meraihnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pernahkah kita merenungkan secara mendalam tentang keadaan para penghuni syurga yang tidak pernah sakit, tidak pernah bersedih hati, tidak mati, sentiasa muda dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikit pun? Pernahkan kita benar-benar menghayati wahyu Ilahi yang mwnyatakan bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang baahgian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalam terlihat daripada luar? Pernahkan kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita ilahi yang mengatakan bahawa di syurga terdapat perkara yang tdiak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik di dalam hati manusia? Cubalah anda renungkan khabar Ilahi yang mengatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh orang pengendara kenderaan selama 100 tahun lebih! Panjang akar pohonnya mencapai 60 batu; sungai-sungainya mengalir dengan teratur, istana-istananya berdiri indah dan megah, buah-buahannya bergayut rendah sehingga mudah dipetik, mata airnya terus mengalir, takhta-takhtanya demikian tinggi, gelas-gelasnya tersusun rapi, bantal-bantal sandarannya tersusun rapi dan permaidani-permaidaninya terhampar luas! di syurga dapat dirasakan kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan semerbak harum baunya, luhur sifatnya dan merupakan tempat mewujudkan harapan. Lalu di manakah akal kita sampai tidak memikirkannya? Mengapa kita tidak merenungkannya?

BACA:  Seni Menjadi Imam Solat Yang Kita Perlu Tahu Agar Menjadi Imam Yang Baik

Apabila fikiran tercurah pada kebahagian akhirat, tentu segala musibah akan terasa ringan dipikul, air mata menitis dari orang yang ditimpa bencana dengan sendirinya kering membeku dan hati akan selalu berbahagia.

Wahai orang yang sedang dilanda kemiskinan, yang diliputi kesusahan dan diuji dengan berbagai macam kesulitan, teruslah beramal dengan amalan yang soleh! Semoga kalian ditempatkan di dalam syurga yang telah Allah siapkan untuk kalian, agar kalian dapat berdekatan denganNya, Zat Yang Maha Suci.

(Sambil mengucapkan) Salamun ‘alaikum bima sabartum (Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu).

Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.
(Ar-Ra’d : 24)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.