≡ Menu

Ini 15 Punca Rambut Gugur Di Usia Muda. Tak Sangga Berlebihan Menggayakan Rambut Pun Adalah Puncanya

Masalah rambut gugur sememangnya menganggu diri seseorang terutamanya bagi golongan muda. Apa tidaknya, rambut gugur akan membuatkan rambut di bahagian kepala menjadi nipis dan menjejaskan penampilan mereka.

Disebabkan itu, ramai juga yang stres memikirkan perkara tersebut. Pun begitu, adalah lebih baik untuk mengetahui mengapakah rambut asyik gugur walaupun pada usia muda. Portal Hello Doktor ada berkongsikan perkara ini seperti di bawah:

Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi kalangan individu yang masih muda. Tetapi apakah punca rambut gugur lelaki dan wanita yang mendasari masalah penipisan rambut tersebut?

Simptom-simptom rambut gugur
Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor yang menyebabkannya. Tanda-tanda dan simptom keguguran rambut termasuklah:

Penipisan secara berperingkat di atas kepala. Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling biasa, yang menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita apabila mereka semakin berumur.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tompok botak yang bulat atau tidak lengkap. Jenis keguguran rambut seperti ini pada kebiasaannya hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadangkala berlaku di bahagian janggut atau kening.

Rambut gugur secara tiba-tiba. Jenis keguguran rambut seperti pada kebiasaannya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak bertompok.
Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan. Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser, boleh mengakibatkan kehilangan rambut di seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh kembali.

Punca rambut gugur lelaki & wanita
Keguguran rambut biasanya berkaitan dengan satu atau lebih faktor-faktor seperti berikut:

1. Tekanan fizikal

Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Ini boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium.

2. Tekanan emosi

Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku.

3. Kehamilan

Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan.

4. Terlalu banyak vitamin A

Suplemen atau ubat vitamin A yang berlebihan boleh mencetuskan keguguran rambut. Jika pengambilan vitamin A yang berlebihan terhenti, rambut akan tumbuh kembali secara normal.

5. Kekurangan kandungan protein

Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut.

6.Pola kebotakan lelaki

Kira-kira dua daripada tiga lelaki mengalami keguguran rambut pada umur 60 tahun, dan kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki.

Punca rambut gugur lelaki ini berlaku disebabkan oleh gabungan gen dan hormon seks lelaki.

7. Keturunan

Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita.

Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara.

8. Hormon wanita

Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur.

Anda lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan daripada pil ini sekiranya mempunyai sejarah keluarga keguguran rambut.

9. Sindrom ovarium polikistik (PCOS)

PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita. PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan penipisan rambut.

BACA:  12 Sebab Mengapa Haid Anda Lewat

Lebihan hormon lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka bersama-sama dengan penipisan rambut pada kulit kepala.

10.Anemia

Hampir satu dalam setiap 10 orang wanita yang berumur 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi (jenis anemia yang paling biasa), yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut.

11. Hypothyroidism

Hypothyroidism adalah istilah perubatan untuk kelenjar tiroid yang tidak aktif. Kelenjar kecil ini terletak di bahagian leher menghasilkan hormon yang penting untuk metabolisme serta pertumbuhan dan perkembangan. Ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut.

12. Kehilangan berat badan yang drastik

Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis. Terdapat kemungkinan bahawa penurunan berat badan itu sendiri memberi tekanan terhadap tubuh badan anda.

Kehilangan rambut bersama dengan penurunan berat badan yang ketara juga boleh menjadi tanda gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia.

13. Kemoterapi

Sesetengah ubat yang digunakan untuk melawan kanser juga boleh menyebabkan rambut anda gugur. Ia memusnahkan sel sihat lain dengan cepat.

Ini bermakna walaupun ia memusnahkan sel-sel kanser, ia juga merosakkan sel lain seperti sel rambut.

14. Penggayaan rambut secara berlebihan

Gaya rambut dan rawatan rambut yang dilakukan selama bertahun-tahun boleh menyebabkan rambut anda gugur.

Contoh-contoh penggayaan rambut yang ekstrem termasuklah tight braids, tenunan rambut atau corn rows serta bahan kimia untuk meluruskan rambut anda, rawatan minyak panas atau sebarang jenis kimia kasar atau haba yang tinggi.

15. Penuaan

Keguguran rambut pada wanita selepas usia tertentu adalah biasa dan tiada bukti yang mencukup punca ianya berlaku.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.