≡ Menu

Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu


Proses penyediaan susu formula bayi perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi kimia ke dalam bancuhan tersebut.

Pencemaran yang berlaku akan mengganggu kesihatan bayi khususnya boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah. Oleh itu, setiap langkah perlulah mengikut arahan yang diberikan oleh pengilang susu formula tersebut.

Sesetengah ibubapa memilih untuk menuang air panas dahulu ke dalam botol air sebelum membiarkannya sejuk dan masukkan susu. Sedar tidak sedar, cara ini boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menyebabkan pembebasan bahan kimia ke dalam minuman tersebut.

Gambar hiasan. (Imej: NHS.uk)
Dalam satu kajian oleh Scott Belcher dari Kolej Perubatan, Universiti of Cincinnati mendapati air yang mendidih menyebabkan bisphenol A (BPA) tersebar ke dalam minuman 55 kali lebih cepat berbanding air pada suhu yang lebih rendah.

BACA:  Suami Perlu Ada Dua Sifat Ini Jika Mahu Isteri Yang Lemah Lembut

Selain itu, kajian turut mendapati perbuatan menyental, membasuh dan merebus botol bayi polycarbonate secara berulang kali akan menyebabkan pembebasan BPA ke dalam minuman dalam jangka masa panjang. Oleh itu, penggunaan botol susu perlu ditukar mengikut tempoh tertentu berdasarkan saranan pengilang.

Imej: NHS
Berikut merupakan cara-cara membancuh susu bayi dengan betul dan selamat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Masukkan air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu bayi.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga mencapai isipadu yang diperlukan pada suhu optimum. Sebaiknya, air tersebut mestilah berada pada suhu 70 darjah celsius, suhu optimum untuk membunuh bakteria dalam masa sama tidak merosakkan nutrisi susu tersebut.
Tambah susu mengikut sukatan disarankan pengilang menggunakan sudu yang diberi. Sukatan susu yang berlebihan boleh menyebabkan bayi sembelit manakala sukatan yang kurang daripada saranan akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang cukup.
Berikut merupakan tips tambahan untuk penyediaan susu bayi
Hand holds scoop with newborn milk formula.
Gunakan sudu asal yang didatangkan bersama tin susu kerana setiap susu formula mempunyai sudu berlainan.
Sterilkan permukaan yang ingin digunakan. Pastikan tangan anda bersih.
Didihkan air dan biarkan sejuk dalam tempoh tidak lebih 30 minit agar suhu air tersebut berada pada sekurang-kurangnya 70 darjah celsius.
Jangan bilas puting botol menggunakan air paip, sebaliknya gunakan air dari cerek yang telah dimasak.
Gambar hiasan. (Imej: Raising Children Network)
Jangan tambah gula atau bijirin ke dalam susu bayi.
Jangan sesekali memanaskan susu formula bayi di dalam ketuhar gelombang mikro kerana haba yang tidak sekata akan menyebabkan mulut bayi melecur.
Sumber: NHS.Uk, The Guardian

BACA:  10 Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.