Mimpi buruk adalah mimpi yang menyebabkan seseorang merasa cemas atau takut. Mimpi buruk boleh membuat penderitanya terbangun dari tidur. Mimpi buruk boleh dialami oleh semua golongan usia, termasuk anak-anak dan orang dewasa. Namun, keadaan ini paling sering dialami oleh anak-anak.
Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi mimpi. Justeru, berikut kami kongsikan lima perkara:
1. Makanan
Mungkin hal ini agak sukar untuk dipercayai, tetapi jelasnya makanan dapat mempengaruhi jenis mimpi yang bakal anda alami.
Pengambilan makanan manis atau pedas dipercayai antara pendorong kepada mimpi buruk.
Memakan hidangan yang manis sebelum tidur menyebabkan kadar gula meningkat dalam darah.
Begitu juga dengan pengambilan makanan pedas yang boleh juga menyebabkan gangguan pencernaan dan pedih ulu hati.
Sebaiknya jangan ambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur sekurang-kurangnya tiga atau empat jam.
2. Aroma
Bau yang menyenangkan bukan sahaja dapat memberikan ketenangan, malah ia juga dapat mempengaruhi mimpi anda.
Selain membantu individu yang mengalami kesukaran untuk tidur, bau wangian seperti bunga-bungaan dapat mewujudkan mimpi indah.
3. Posisi tidur
Kelihatan remeh, tetapi posisi tidur antara perkara yang boleh mempengaruhi mimpi baik atau buruk termasuk bermimpi melakukan hubungan intim dengan individu lain.
4. Filem seram
Bagi mengelakkan daripada mimpi buruk, sebaiknya elakkan daripada menonton naskhah seram tidak mengira sama ada filem mahupun drama.
Hal ini terutama bagi mereka yang lemah semangat. Bukan sahaja menonton, malah membaca bahan bacaan seram juga perlu dielakkan.
Oleh itu pihak bahan hiburan yang lebih ringan dan santai sebelum tidur agar pemikiran lebih tenang selain tidak terbawa-bawa dalam mimpi.
5. Rasa lapar
Sebaiknya jangan tidur dalam keadaan anda sedang lapar. Ini kerana kadar kalori dalam badan akan mempenyaruhi paras gula dalam darah sehingga boleh menyebabkan terjadinya mimpi di luar jangkaan.
Oleh itu, jangan lupa untuk makan, tetapi harus diingatkan agar tidak berlebihan sehingga mampu menjejaskan proses pencernaan.
Ringkasnya, setiap daripada mimpi itu membawa maksud tersendiri. Tidak mengira sama ada mimpi buruk ataupun baik, sebaiknya berdoa kepada TUHAN agar diberikan petunjuk dan diberikan rahmat dan reda atas takdir-NYA.