Siang malam ketua keluarga cari rezeki, kalau tak diusahakan mana mungkin nak dapatkan hasilnya. Namun ada juga yang telah lakukan pelbagai usaha tapi rezki sempit jua.. Kenapa ya?
Kenapa rezeki kita sempit?
Dah buat macam-macam tapi kenapa rezeki orang lain murah tapi rezeki kita sempit?
Pernah rasa macam tu? Saya pun alaminya, sehinggalah saya dengar ceramah dari seorang ustaz ni yang menghuraikan kenapa rezeki menjadi sempit. Puncanya ada dalam rumah kita semua.
1. Tandas dan bilik air kotor juga punca rezeki tersekat. Tandas adalah tempat tinggal bagi syaitan dan jin. Bila kotor geng syaiton ini akan membiak dan berjoget sakan dalam tu. Jadi pastikan tandas rumah kita sentiasa bersih tau.
2. Rumah bersawang lagi susah rezeki nak masuk tau. Kena pastikan rumah kita bebas dari sawang. Kerna itu punca rezeki tersekat.
3. Sinki dapur penuh bertimbun pinggan mangkuk yang tidak di basuh. Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Jangan biarkan di dalam sinki, kerana akan menjadi makanan jin & syaitan. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.
4. Sampah dalam rumah kena bungkus rapat dan buang sebelom tidur.
5. Pintu tandas sentiasa di biarkan terbuka pun punca syaitan bebas keluar masuk dalam rumah kita sesuka hati mereka. So kena tutup pintu tandas sentiasa. Hehe
Okey dah tau puncanya kan? Rupanya dari sikap kita sendiri. Hehehe. Peringatan untuk diri saya jugak. So kena rajin-rajinlah ye pastikan segalanya dalam keadaan bersih. Supaya rezeki terbuka luas untuk kita sekeluarga.