≡ Menu

Ini Tips Menguruskan Stress Yang Diajarkan Oleh Al-Quran. Insya’Allah

Benar, sebagai manusia, situasi wabak yang belum berakhir ini sedikit sebanyak membuatkan kita rasa lemah, tidak berdaya mahupun mengeluh – tanpa sengaja.
Pernahkah kita mendengar istilah, “Kita bantu orang, Allah bantu kita”?

Sebenarnya ‘tekanan’ yang dihadapi ramai orang ketika musim wabak ini boleh dilenturkan melalui kerja-kerja kebajikan.
Memetik Surah Al-Ma’arij ayat ke-19, Allah berfirman dengan maksudnya;

“Sungguh, manusia diciptakan dengan sifat suka mengeluh,”

Merenung situasi hari ini, ramai antara kita yang sudah mengeluh kerana mengalami tekanan hidup akibat COVID-19.

Ekonomi lumpuh, pengajian tergendala, pergerakan terkawal, aktiviti-aktiviti dihadkan serta limitasi dalam menjalankan sebarang urusan antara punca tekanan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam masa sama, boleh dikatakan hampir segala-galanya berubah dan kita perlu hidup dalam norma baharu demi usaha memutuskan rantaian jangkitan.
Bagaimanapun, sifat mengeluh dan stress ini dapat ‘diselesaikan’ melalui beberapa cara yang membawa kepada kebaikan diri. Allah menjawabnya menerusi ayat 22 hingga 27 yang bermaksud;

“Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat (22),

Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya (23),

Dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu (24),

Bagi orang (miskin) yang meminta dan yang tidak meminta (25)

Dan orang-orang yang mempercayai Hari Pembalasan (26)

Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya (27)”

Berbalik kepada isu, salah satu solusi yang Allah nyatakan untuk kita ‘keluar’ daripada keluhan yang dialami kini adalah dengan menginfakkan harta (atau kemampuan) kepada mereka yang memerlukan.

BACA:  Mengapa Nabi Tidak Melaungkan Azan? Ini Penjelasan

Secara literalnya, kebaikan yang boleh kita sumbangkan kepada manusia lain lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik ini adalah melalui kerja-kerja kesukarelawanan. Kesukarelawanan itu sendiri membawa maksud yang besar; sama ada sukarela menyalur bakti melalui tenaga, harta, masa, ilmu dan sebagainya.

Seperti yang kita lihat sebelum ini, ramai pihak sudi tampil menginfakkan bakti mereka buat petugas-petugas barisan hadapan dalam usaha memerangi penularan COVID-19. Ada yang sukarela menyumbang wang ringgit, ada yang menyumbang berdasarkan kemahiran tertentu seperti menjahit alat perlindungan diri (PPE), memasak untuk kakitangan hospital, sukarela menjalankan kerja-kerja sanitasi awam dan sebagainya.

Walaupun berbeza cara, namun tujuannya tetap sama; memberi manfaat untuk pihak yang memerlukan, selain turut permudahkan urusan mereka. Namun, adakah kita sedar bahawa setiap sumbangan yang disalurkan itu, hakikatnya bukan sahaja untuk mereka, tetapi untuk diri kita sendiri.

Perihal ini dapat dijelaskan dengan menyatakan firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 7 yang bermaksud;

“Jika kamu berbuat baik (beerti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri… (sehingga akhir ayat),”

Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga membuktikan tentang manfaat membantu orang lain untuk membantu diri sendiri ini melalui sepotong hadisnya. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

BACA:  Minyak Ikan? Kenapa Ia Sangat Digalakkan? Apa Khasiatnya

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Jika difahami konteks nas Quran dan hadis di atas ini, memang Allah dan Baginda Rasulullah SAW telah pun membuktikan, dengan mempermudahkan urusan orang lain, urusan kita pula akan dipermudahkan Allah. Ini janji-Nya. Selain itu, bakti-bakti yang disumbangkan itu juga boleh mengurangkan kadar tekanan yang dialami. Secara fitrahnya, siapa yang tidak berasa gembira setelah berjaya membantu orang lain keluar dari masalah?

Walaupun sekadar ucapan terima kasih yang diterima, itu sahaja sudah cukup buat kita tersenyum kepuasan kerana berasakan diri kita berjaya menjadi ‘hero’ untuk mereka. Bukankah itu juga satu kebahagiaan? Bukankah bahagia itu melenyapkan rasa sedih?

Barangkali ini bertepatan dengan konsep yang biasa kita dengar. Apabila kita beri kepada orang satu (1) kebaikan, Allah akan gantikan dengan 10 kebaikan, termasuklah rasa bahagia kerana hilangnya tekanan.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.