Ramai wanita rancang nak turunkan berat badan dengan cara yang mudah, iaitu dengan tidak mengambil gula langsung dalam diet pemakanan harian.
Tapi dengan mengamalkan gaya pemakanan sedemikian, pastinya akan memberi kesan bukan saja kepada tubuh badan tetapi juga kepada kesihatan diri bukan?
Nak tahu apakah kesan tersebut, jom selongkar isinya bersama penulis di bawah.
Miliki Berat Badan Yang Sihat
Jika kamu mengamalkan diet pemakanan tanpa sebarang pengambilan gula, sedikit sebanyak kamu dapat mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Sekaligus dapat mengekalkan berat badan yang sihat dan tidak berlebihan.
Rendahkan Tahap Triglycerides
Bagi yang memiliki berat badan yang banyak atau berlebihan, biasanya mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi dan memiliki triglycerides dalam badan.
Triglycerides sebenarnya adalah sejenis lemak dalam darah, untuk merendahkan lemak dalam darah, amalan yang bagus adalah menjadikan rutin makan dan minum tanpa gula.
Risiko Menghadapi Penyakit 3 Serangkai Rendah
Tahu tak dengan mengamalkan diet pemakanan tanpa gula kamu secara tidak langsung dapat merendahkan risiko penyakit diabetes, penyakit jantung, penyakit darah tinggi, penyakit paru-paru dan penyakit lain lain. Nak sihat, amalkan makanan dan minuman tanpa gula!
Miliki Gigi Yang Sihat Dan Kuat
Gula merupakan sumber utama pembiakan bakteria pada gigi, lalu menyebabkan berlakunya masalah gigi reput, kaviti dan jangkitan lain. Tetapi dengan mengamalkan diet pemakanan tanpa gula, kamu boleh miliki gigi yang sihat dan kuat.
Mengurangkan Risiko Kanser Kulit
Menurut review dalam Jurnal Klinikal Dan Aestatik Dermatologi apabila kamu berhenti mengambil gula dalam makanan dan minuman, kamu dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kulit dan secara tidak langsung membuatkan kulit jadi lebih bersih dan cerah.
Mengurangkan Rasa Iritasi Dan Keradangan
Salah satu punca kenapa kulit wanita sering mengalami masalah iritasi dan keradangan (inflammation) adalah kerana pengambilan gula, dan dalam sebuah kajian review tahun 2018 telah menyatakan bahawa gula menyebabkan proses keradangan berlaku dalam tubuh.
Justeru itu, dengan menghentikan pengambilan gula, masalah iritasi dan keradangan boleh dikurangkan.
Meningkatkan Kualiti Tidur
Jika kamu amalkan diet pemakanan tanpa gula dalam kehidupan, untuk jangka masa panjang kamu akan miliki kualiti tidur yang bagus dan nyenyak.
Apabila tubuh tidak lagi memiliki gula gelombang tidur akan meningkat, dan memudahkan untuk kamu mendapat tidur yang lena.
Jadi sebenarnya bagus jika kamu amalkan diet pemakanan tanpa gula, kerana ia bagus untuk kesihatan diri.
Tetapi jika kamu mempunyai masalah tertentu dan tidak boleh mengamalkan diet tanpa gula, mungkin kamu boleh meminta pandangan doktor untuk pelan diet yang sesuai mengikut kesihatan diri kamu.