INILAH 7 “C” SEBAB SUAMI BENCI ISTERI – NASIHAT DR FADZILAH KAMSAH
C1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
“Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!”
Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata …
C2. CABUL
Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua …
C3. CELUPAR
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.
Suami pula di opis dok nampak y aje …
Ada isteri kata – mekap untuk suami, …. tapi kat rumah tak mekap pun …
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis.
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 …
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …
Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak …
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya …
Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun…belum tentu tinggi akhlaknya.
Tapi manusia ni insan yg mudah lupa dan lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..
Ketika suami marah, inilah yang harus Anda lakukan!
Suami Anda marah? Jangan takut menghadapinya atau malah menjadi semakin lebih marah. Justru di saat seperti inilah Anda mesti menunjukan sikap manis yang penuh kasih sayang padanya untuk membuktikan betapa Anda mencintainya.
Banyak faktor yang dapat membuat suami menjadi semakin sensitif bahkan mudah marah. Misalnya kerana merasa penat dengan masalah kerja, belum dapat memenuhi keperluan keluarga dengan sepenuhnya dan sebagainya. Ketika suami Anda mulai sensitif, dan marah, sebagai seorang isteri Anda harus dapat menenangkannya, bukan malah menyalakannya. Ketika suami marah, mungkin kata maaf tidak selalu dapat menenangkan hatinya, tetapi sikap dan tindakan sebagai bukti penyesalan Andalah yang dapat meluluhkan hatinya. Dan ketika suami Anda marah, hal inilah yang harus Anda lakukan!
Berikan dia sedikit waktu
Ketika suami semakin marah dan keadaan sudah tidak lagi terkawal dan Anda terus menanggapi sikap suami Anda ini dengan serius, ini hanya akan semakin mengeruhkan keadaan saja. Cubalah untuk menenangkan diri masing-masing terlebih dahulu. Dan berikan suami Anda sedikit waktu untuk menghirup udara segar dan menenangkan kembali fikirannya. Dengan melakukan ini Anda dapat meredakan emosi dan amarahnya tanpa Anda merasa perasaan Anda disakiti.
Biarkan dia mencurahkan isi hatinya
Ketika suami sedang marah, jangan memotong ucapannya, mengkritiknya atau bahkan membalas perkataannya dengan kalimat-kalimat yang penuh emosi pula. Kerana ini hanya akan membuatnya semakin marah. Jika suami sedang marah sang isteri harus menjadi lebih bijaksana dan memahami perasaan suaminya. Cubalah untuk menenangkan suasana dengan membiarkannya mencurahkan isi hatinya dan meluapkan emosi yang dirasakannya.
Berbicara pada waktu yang tepat
Bila suami Anda sedang marah, mungkin sebaiknya jangan langsung mengajaknya berbicara atau berbincang keadaan yang terjadi. Kerana ketika seorang lelaki sedang marah, emosi mereka tidak dapat dikawal, mereka cenderung tidak dapat berfikir dengan waras. Untuk itu, tunggulah waktu yang tepat untuk mengajaknya berbual iaitu di saat keadaannya sudah terlihat tenang.
Memberikan pelukan mesra
Sebuah pelukan selalu dapat mendamaikan hati seseorang. Ketika suami Anda mulai mendahulukan emosinya, sementara Anda enggan untuk beradu argumen, langsunglah memeluknya dan mengucapkan kalimat penyesalan yang penuh kemesraan seperti, “aku mencintaimu sayang”, “maafkan aku sayangku”, atau “aku akan berusaha lebih baik lagi menjadi isterimu”, dan kalimat manis lainnya. Peluklah dia selama beberapa saat sambil mengelus-elus tubuhnya. Dijamin pelukan mesra ini dapat meluluhkan hatinya dan membuatnya lupa akan kemarahan yang tadi dirasakannya.
Melakukan hal-hal yang dapat menyenangkan hatinya
Di kala suami sedang marah, cara lainnya yang dapat meluluhkan hatinya dan mengembalikan senyumannya adalah dengan melakukan hal-hal yang dapat menyenangkan hatinya. Misalnya, memberikannya kejutan istimewa dengan menyiapkan makan malam romantis, berdandan secantik mungkin tidak seperti biasanya sambil merayunya, memberikannya hadiah suatu benda yang telah lama diinginkannya, memberikan pelayanan terbaik baginya dengan melakukan apa saja yang dibutuhkannya seperti, menyiapkan air panas untuk mandi, mengurutnya, membuatkannya minuman hangat, dan masih banyak lagi.
Semoga bermanfaat.
Sumber: keluarga.com