≡ Menu

Inilah Cara-cara Membaca Al-fatihah 41 Kali Bagi Memohon Hajat

(*)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

(*)Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

(*)Sahabat yang di rahmati Allah,

(*)Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

BACA:  Rambut Gugur, Sebelum Tukar Syampu Ketahui Cara Lain Yang Mungkin Lebih Baik

(*)Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

(*)Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat

(*)Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

(*)Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

BACA:  Suami Yang Baik, Dia Akan Mengurut Isterinya Kerana Dia Tahu Isterinya Menggalas Tanggungjawab Isteri Yang Berat

(*)Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

(*)Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

Sumber: darahatiku.blogspot.my

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.