≡ Menu

Islam Cinta Akan Keamanan Dan Kedamaian Sejagat. Hentikan Sengketa

Manusia moden yang punya keupayaan berfikir dan teknologi tinggi lagi canggih masih juga bersengketa dan berperang di beberapa daerah dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan konflik baru di Semenanjung Arab melibatkan dua buah negara Islam yang mempunyai sengketa politik iaitu Yemen Utara dan Y ern en S~latan. Kita masih dihujani oleh berita-berita konflik baru di kawasan baru yang cuba dilakukan oleh pengganas Serbia ke atas umat Islam dan Kroat dalam negara Bosnia. Di Somalia, sebuah negara Islam Afrika, pertentangan di antara puak masih juga berlanjutan tanpa mencapai kedamaian dan keamanan. Begitulah cebisan peristiwa terkini yang boleh berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia. Akibat sengketa peperangan seperti ini kepada sebilangan manusia amatlah parah: kebuluran melanda, pembunuhan manusia dan haiwan tidak berdosa berleluasa, pencabulan wanita dan penganiayaan kanak-kanak tak terkawal serta kemusnahan harta-benda nilainya jutaan ringgit. Benarlah apa yang diungkap di dalam al-Qur’anul Karim yang kira-kira maksudnya bahawa “telah nampak keros”akan (atau kemusnahan) di darat dan lautan dengan sebab perbuatan tangan manusia; supaya Allah merasakan kepada sebahagian (akibat) dari perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar)”. [ArRum 30:41] Lantaran daripada sengketa antarabangsa yang rata-ratanya melibatkan orang­orang Islam samada yang menyerang ataupun yang diserang, imej agama Islamitu sendiri boleh terjejas. Apakah Islam itu menganjur keganasan dan persengketaan sesuai dengan imej Islam sebagai satu agama pedang?

Sifat Islam itu sebenarnya menuntut keamanan dan kedamaian dilaksanakan sesama manusia tanpa mengira ras, agama, warna kulit, jantina dan budaya. Dalam ajaran Islam, amalan mengucapkan salam atau ‘Assalamualikum’ merupakan amalan yang sunat dan memperoleh pahala. Menjawab salam pula adalah wajib bagi mereka yang mendengarnya. Ini sesuai dengan hadis riwayat Muslim yang menyebutkan bahawa di antara kewajipan Muslim ke atas Muslim ialah apabila bertemu dan berjumpa maka berilah salam. Di dalam hadis yang lain juga ada menyebutkan mengenai hak Muslim untuk menjawab salam apabila diberi. Walaup~n tampak mudah dan kecil, amalan memberi salam membawa maksud dan natijah atau kesan yang tinggi terhadap kehidupan sosial masyarakat nasional dan antarabangsa. Umumnya telah mengetahui bahawa makna ‘assalamu’alaikumitu ialah mengucapkan selamat ke atas seseorang. Kata dasar ‘salama’ juga membawa maksud kedamaian, keamanan dan ketenangan. Natijah kepada amalan ucapan salam yang ikhlas ialah kewujudan masyarakat harmoni dan penyayang. Anggota masyarakat saling mendoakan keselamatan dan kedamaian kepada anggota masyarakat yang lain dengan ucapan ‘assalamualikum’. Apakah hubungan atau natijah amalan ucapan salam itu dengan politik antarabangsa? Memberi atau mengucapkan salam sesama manusia dalam apa bentuk sekalipun adalah manifestasi tuntutan Islam terhadap keamanan sejagat.

BACA:  Segerakan Solat Sekiranya Hidup Terasa Sempit. Insya'Allah

Dalam politik dunia dan hubungan antarabangsa,.prinsip keamanan dan’ kedamaian sejagat merupakan dasar yang penting yang melengkapi prinsip keadilan antarabangsa yang perlu dipraktikkan. Setiap negara-bangsa dunia yang merupakan warga kepada struktur politik antarabangsa perlu menghormati dan memelihara prinsip kedamaian dan keamanan sejagat. Tidak ada sebuah negara-bangsa yang mempunyai hak mutlak untuk melanggar sesebuah negara-bangsa yang lain tanpa justifikasi yang jelas seperti mempertahankan diri dan pencabulan perjanjian damai. Peperangan atau konflik bersenjata lebih merupakan resolusi terakhir jika penyelesaian melalui meja perundingan tidak dicapai atau pencabulan terhadap perjanjian gencatan senjata semasa proses perundingan berlaku. Jika berlaku juga sengketa bersenjata dan peperangan, pelaksanaan konflik, sengketa atau perang antara dua pihak perlu mematuhi peraturan, nilai dan kehendak yang telah digariskan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah.

Ringkasnya, dalam proses beradu tenaga dan kekuatan senjata untuk menentukan siapa yang hak dan siapa yang bathil juga perlu ada adab dan peraturan yang khas. Peperangan dalam Islam ialah peperangan yang memiliki adab tinggi dan bukan tanpa peraturan dan belas seperti peperangan masakini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Peranan pihak ketiga atau ‘third party involvement’ dalam perundingan sesatu konflik antara dua puak telah digariskan dengan jelas oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Matlamat utama pihak ketiga dalam perundingan antarabangsa ialah keamanan dan kedamaian. Al-Qur’anul Karim menyebutkan pada dua tempat dengan maksudnya kira-kira “Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu’min berperang maka damaikanlah antara keduanya, jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat penganiayaan itu sehingga golongan- itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu kembali kepada perintah Allah, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. – Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”. [Surah Al Hujurat 49:9-10]

  1. “Dan sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian, maka condonglah

kepada jalan perdamaian dan berserahlah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [Surah Al Anfaal 8:61]

Dalam maksud kedua-dua ayat, Islam cuba menggariskan beberapa kesimpulan yang perlu diambil perhatian o·leh pihak ketiga dalam menguruskan konflik antara dua pihak. Kesimpulan tersebut ialah

  1. Pertama, apabila dua pihak yang bersengketa ingin mengadakan rundingan damai maka pihak ketiga·bertanggungjawab untuk menguruskan rundingan damai secara adil dan saksama.
  2. Kedua ialah apabila hanya satu pihak sahaja yang mahu berdamai manakala satu pihak yang lain mahu terus berperang, maka pihak ketiga bertanggungjawab untuk mengetahui sebab-sebab pihak yang mahu meneruskan peperangan.
  3. Ketiga, jika didapati bahawa pihak yang mahu terus berperang itu melakukan kezaliman atau penganiayaan maka pihak ketiga harus mengistiharkan perang ke atas pihak yang tidak mahu berdamai sehingga pihak tersebut tunduk dan mahu menyertai rundingan damai.
  4. Keempat, kedua-dua belah pihak yang berunding itu harus menghayati kehendak keamanan dan kedamaian sesama mereka kerana tanpa keamanan akan rosaklah kekuatan masyarakat dan negara untuk berkembang maju.
  5. Kelima, dalam mencapai resolusi perundingan, kedua-dua belah pihak yang bertelagah harus mempercayai sepenuhnya atau akur kepada keputusan adil pihak yang ketiga iaitu pihak yang mengadili dan menguruskan rundingan damai.
  6. Keenam, natijah atau kesan kepada kedamaian dan keamanan ialah memperoleh rahmat daripada Allah s.w.t.
BACA:  Nak Tahu Pahala Yang Lagi Best Daripada Solat?

Menurut Prof. Ismail Faruqi; tatadunia baru’ yang dicanangkan oleh Islam ialah tatadunia baru yang berdasarkan kepada keamanan sejagat. Keamanan yang dimaksudkan dalam sistem negara-bangsa masakini ialah pengiktirafan kedaulatan sesebuah negara-bangsa tanpa mengira ras; agama atau budaya. Dalam struktur politik antarabangsa, tiada satu negara-bangsa berhak mencabul prinsip keamanan sejagat dengan memulakan konfrontasi ketenteraan atau pelanggaran ke atas negara-bangsa yang lain walaupun diketahui melalui perisikan bahawa negara-bangsa yang ingin dilanggar itu akan dikuasai oleh golongan yang di masa hadapan akan mencabul keamanan antarabangsa. Dalam struktur pol~tik antarabangsa inilah juga nilai-nilai kebebasan perlulah diberikan kepada sesebuah negara-bangsa untuk menentukan halacara pembangunan dan kemajuan sendiri tanpa pengaruh dan penguasaan negara-bangsa yang lain. Dalam struktur politik antarabangsa yang berdasarkan keamanan sejagat inilah segala bentuk peperangan yang berdasarkan pembersihan etnik dan penindasan ras perlu dibenteras oleh negara-bangsa yang mampu menyediakan tentera pendamai atau gabungan kuasa tentera beberapa buah negara-bangsa yang mendokong dengan ikhlasnya aspirasi keamanan sejagat. Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “rosaknya keamanan dan kedamaian di antara kamu (umat Islam) adalah perosak agama.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.