≡ Menu

Islam Mengajarkan Kita Agar Hidup Bermasyarakat Dalam Keadaan Harmoni

Hidup bermasyarakat adalah suatu keperluan. Saling berkenal mesra, bantu membantu dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni juga merupakan suatu keperluan.

Dalam pergaulan hidup bermasyarakat, di samping berperanan memikul tanggungjawab di dalam masyarakat, kita perlu bersabar dan bertolak ansur dengan kepelbagaian dan berbeza pandangan. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ .قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” Ibnu Abi Adi berkata: Syu’bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih

BACA:  Berlakon, Mempromosikan Judi. Ini Penjelasan Dari Sudut Agama.

Berdasarkan hadis ini, keberadaan kita di tengah-tengah kelompok masyarakat, bergaul dengan mereka tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama dan bersabar dengan pelbagai kerenah mereka merupakan  amal yang terbaik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kewujudan kita di tengah-tengah kelompok masyarakat sama ada Islam mahupun bukan Islam adalah suatu yang dipuji. Keberadaan dan pergaulan kita dalam masyarakat sewajarnya menjadi sumber dan peluang memperoleh kebaikan dan ganjaran pahala.

Umat Islam perlu sentiasa yakin dan tidak berputus asa dalam setiap doa mereka. – Foto hiasan

Pergaulan kita dalam  masyarakat serta merebut peluang untuk berperanan memperbaiki masyarakat, peluang menyebarkan dakwah melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan serta bersabar dengan pelbagai ragam manusia, menjanjikan ganjaran pahala yang besar.

Pergaulan bersama kelompok masyarakat melalui pelbagai medium seperti media sosial antaranya group WhatsApp, telegram, FB, twitter dan sebagainya menjadi medan untuk mendapat ganjaran pahala dengan kita berperanan mencetuskan amal kebaikan dan menjadi pendamai serta bersabar dengan pelbagai kerenah ahli.

BACA:  Al-Quran, Jalan Kembali Bagi Setiap Muslim. Pulanglah Kepada Al-Quran

Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika bersama mereka sebagai peluang berdakwah dengan sifat rahmah bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

Orang yang merebut peluang menyebar luaskan kebaikan sama ada dengan harta, tenaga, ilmu mahupun apa sahaja di tengah-tengah masyarakat, amal tersebut akan menjadi fixed deposit yang akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.

Orang yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di luar dari kejahatan dan kerenah manusia, tidak seharusnya merasa dirinya lebih bersih dari mereka yang berada di tengah-tengah kelompok manusia.

Sebagai Muslim yang bergaul dengan masyarakat, setiap kita perlu mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara istiqamah agar menjadi qudwah kepada orang lain dan menjadi benteng daripada terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.