≡ Menu

Islam Tak Menilai Pangkat Dan Harta. Itu Ujian Semata-Mata, Usah Terpedaya

Hadith:

Daripada Saad bin Abi Waqas RA katanya, “Ketika kami berenam bersama Nabi SAW, tiba-tiba orang-orang musyrik berkata kepada nabi, “Usirlah mereka supaya mereka tidak berani menemui kami. Enam orang itu ialah aku, Abdullah bin Mas’ud, seorang daripada suku Huzail, Bilal dan dua orang yang sengaja aku tidak sebutkan namanya”. Maka terlintas dihati Rasulullah, apa yang dikehendaki Allah (untuk menyuruh enam sahabat itu meninggalkan majlis kerana dia mengetahui kekuatan iman mereka dan mengharapkan iman pembesar-pembesar musyrikin), tiba-tiba Allah menurunkan wahyunya, yang bermaksud: “Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadah dan berdoa kepada tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredhaan semata-mata” (Surah al-An’am ayat 52).“
(Riwayat Muslim)

BACA:  Tidak Akan Sesat Jika Berpandukan Al-Quran. Rujuklah Al-Quran Pada Zaman Serba Moden Ini

Huraian Hadith:


1. Umat Islam disuruh supaya saling memahami dan membantu antara satu dengan lain.

2. Musuh sebenar umat Islam ialah orang-orang kafir.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Menghormati orang soleh dan menjaga perasaan mereka adalah wajib kerana menyakiti mereka bererti menempah kemurkaan Allah.

4. Penghormatan kepada manusia dan penghargaan sepatutnya hendaklah berdasarkan iman dan pegangan agama bukan berdasarkan harta mahupun pangkat.

BACA:  Guna Serbuk Coklat Murah Untuk Menggantikan Milo. Adakah Itu Menipu Pelanggan?

5. Islam ialah agama Allah untuk manusia sejagat. Justeru, tiada kelebihan bagi sesiapa ke atas yang lain dengan sebab harta atau pangkat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.