≡ Menu

Islam Melarang Kita Mencaci Agama Lain. Hormatilah Kepercayaan Orang Lain

 

Penghinaan kepada agama Islam bukanlah satu perkara baharu, dan ia telah lama wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Namun, ia bukanlah alasan atau sebab untuk kita menghina agama lain.

Ini kerana Islam menetapkan larangan daripada kita menghina agama lain.

Larangan menghina agama lain

Walaupun kita mungkin berasa amat marah atau geram dengan mereka yang menghina agama kita, namun kita tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebarang kejian semula terhadap agama mereka amatlah dilarang sama sekali.

Apatah lagi melakukan kekerasan kononnya atas nama Islam kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya bertindak kasar.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam Al-Quran ada menyebut mengenai larangan mengeji atau menghina agama lain. Sabda Allah SWT:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

(Al-Quran, surah al-An’am, ayat 108)

Sebab mengapa Islam melarang kita menghina agama lain

Antara sebab mengapa Islam melarang umatnya menghina agama lain adalah untuk menghentikan penghinaan daripada terus berlaku. Ini kerana dikhuatiri mereka akan terus mencerca Allah SWT sehingga melampaui batas.

BACA:  Kecur Air Liur Dapat Tahu Khasiat Jambu Air, Sedapnya Kalau Makan Dengan Asam Ni!

Sedangkan, mereka sendiri tidak mengetahui hakikat atau pengetahuan yang mendalam mengenai agama Islam. Jika kita membalas penghinaan mereka, maka mereka juga akan membalas kembali dengan penghinaan yang lebih teruk kepada agama kita.

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Diam tidak bermakna kita bersetuju dengan penghinaan mereka. Namun, Al-Quran telah menyarankan kepada kita agar kita memaafkan perbuatan mereka. Ini kerana Allah Taala sendiri yang akan memberikan balasan kepada mereka.

Al-Quran ada menyebut dengan maksud seperti berikut:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.”

(Al-Quran, Surah Al-Jaathiyah, ayat 14)

Jika berlaku sebarang penghinaan kepada agama Islam atau mana-mana agama lain, maka laporkanlah kepada pihak berkuasa iaitu pihak polis. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang menghina agama dengan niat menggugat keharmonian penduduk di negara ini.

Melaporkan kejadian penghinaan agama kepada pihak berkuasa adalah langkah terbaik kerana kita mempunyai peruntukan undang-undang bagi golongan ini.

Akhlak kita adalah medium dakwah

Cara kita membalas penghinaan yang berlaku juga sebenarnya boleh menjadi contoh akhlak yang baik. Apabila kita tidak melayan penghinaan mereka, malah menunjukkan akhlak yang baik ketika berhadapan mereka, mereka pasti terkejut.

Orang yang mengeji pasti tidak menyangka bahawa kita boleh bersabar dan masih melayani mereka dengan baik walaupun telah disakiti dan dikeji.

Cara ini secara tidak langsung boleh melembutkan hati mereka. Dengan itu, mereka akan lebih terbuka untuk mengenali Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.