≡ Menu

Istighfar Selepas Solat, Kenapa Ia Digalakkan Dalam Islam?

Saya nak bawakan kepada anda satu persoalan; selepas menunaikan solat, apa yang anda lakukan? Terus bangkit untuk kembali bersegera menyelesaikan urusan kerja atau duduk sejenak sambil berdoa?

Walau apa pun yang anda lakukan selepas menunaikan solat, apa kata kali ini ambil masa dan ruang sejenak untuk beristighfar dan mengingati Allah.

Mengapa pula perlu mengingati Allah lagi sedangkan kita sudah peruntukan masa lima minit untuk bersolat, tidak cukupkah waktu itu untuk mengingatiNya?

Cuba anda renung sejenak, dalam 24 jam hanya 25 minit anda peruntukan masa untuk mengingati Allah dan bakinya anda meneruskan kehidupan seperti biasa, adakah itu cukup?

Sedangkan yang memberi hidup ini adalah Allah. Seharusnya, masa yang lebih perlu diperuntukan untukNya dan tidak perlu berkira terhadap waktu tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika kita yakin denganNya, maka Allah akan membantu mencukupkan waktu anda dengan memberkatinya.

BACA:  Surah Membuka Pintu Kekayaan. Rugi Sekiranya Kita Tidak Amalkan

Antara perkara yang boleh dilakukan selepas menunaikan solat adalah dengan beristighfar.

Istighfar adalah salah satu bentuk memohon keampunan kepada Allah. Diriwayatkan dalam beberapa hadis bahawa Baginda SAW akan memperbanyakkan istighfar selepas menunaikan solat.

كَانَ رَسولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاثَاً ، وَقَالَ : اللَّهُمَّ أنْتَ السَّلاَمُ ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، تَبَارَكْتَ يَاذَا الجَلاَلِ وَالإكْرَامِ, قِيلَ لِلأوْزَاعِيِّ – وَهُوَ أحَدُ رواة الحديث – : كَيْفَ الاسْتِغْفَارُ ؟ قَالَ : يقول : أسْتَغْفِرُ الله ، أسْتَغْفِرُ الله

Maksud: “Apabila Rasulullah SAW selesai menunaikan solat (solat fardu dll), Baginda beristighfar sebanyak tiga kali dan mengucapkan: “Allahumma anta salaam, wa minkas salaam, tabaarokta yaa dzal Jalaali wal Ikrom.” Ia bermaksud: “Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dariMu keselamatan, Mahasuci Engkau, wahai Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.”

Ada yang bertanya kepada Al-‘Auza’i (salah seorang perawi hadis ini): “Bagaimana caranya untuk beristighfar?” Beliau menjawab: “Caranya adalah dengan membaca Astaghfirullah. Aku memohon ampun kepada Allah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 591)

Namun, ulama mengatakan bahawa boleh sahaja melazimi istighfar dengan tiga kali selepas setiap solat. Mengapa disunatkan sebanyak 3 kali?

Dalam hal ini, ulama menjawab bahawa tiga kali itu adalah merangkumi; keselamatan, keamanan dan tomakninah (ketenangan). Ia adalah nikmat yang akan Allah berikan kepada hati-hati yang sentiasa memperbanyakkan istighfar.

Setiap istighfar yang kita sebut bukan sahaja untuk memohon keampuan dari Allah SWT, namun lebih kepada ketenangan hati.

Hati manusia yang sentiasa berbolak balik membuatkan kadang-kadang kita mudah dilanda perasaan resah, kecewa, marah bahkan gembira. Semua itu perlu dikawal dan salah satunya adalah dengan beristighfar.

Justeru, lazimilah istighfar walau hanya tiga kali selepas setiap solat yang ditunaikan.

Wallahu a’alam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.