≡ Menu

Isu Tular Makanan Ringan Jenama Syarikat Arak

Sedang asyik kita beraya ni nampaknya mula tular di media sosial berkenaan dengan sejenis makanan ringan berjenama syarikat arak yang dikatakan berada di pasaran.

Beberapa perkara berikut perlu diambil perhatian oleh kita semua:

1) Produk tersebut adalah diberi secara percuma kepada pembeli minuman keras jenama berkenaan.

2) Produk tersebut telah dilabelkan untuk orang bukan Islam yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

3) Produk tersebut tidak mempunyai pengesahan halal JAKIM atau mana-mana badan pensijilan halal luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4) Orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan produk yang telah mendapat pengesahan halal yang sah dan amalkan membaca label sebelum membeli.

BACA:  Kebersihan Sebahagian Daripada Iman. Kenapa Islam Sarankan Kita Mandi?

5) Jaminan halal hanya diberikan kepada produk yang telah disahkan halal oleh JAKIM dan badan pensijilan halal luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM sahaja.

6)Mana-mana produk tanpa pengesahan halal adalah bebas dijual di pasaran selagi mana ia mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

7) Sebarang kemusykilan atau pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan hendaklah disalurkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

BACA:  Petanda Akhir Zaman, Ibu Melahirkan Tuannya. Nauzubillah

Semak produk yang telah disahkan halal di www.halal.gov.my atau muatturun aplikasi Smart Halal atau VerifyHalal di telefon pintar anda.

Kelab Sahabat Halal Malaysia
21 JUN 2018

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.