≡ Menu

Jangan Berbangga Melakukan Maksiat. Buruk Padahnya Nanti

PADA zaman sekarang, agak pelik jika orang tidak mempunyai akaun media sosial sendiri. Kebanyakan kita mempunyai akaun media sosial masing-masing.

Bukan sahaja generasi muda, tetapi golongan yang sudah berusia juga ada akaun media sosial masing-masing.

Masakan tidak, ia antara perkara yang agak penting juga dalam kehidupan.

Selain untuk kegunaan peribadi, media sosial juga menjadi tempat orang untuk urusan jual beli, mengetahui perkembangan terkini, urusan kerja dan seumpamanya.

Sudah namanya pun media sosial peribadi, ramai yang gemar mengemas kini dan berkongsi segala aktiviti menerusi platform berkenaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Malah, ada juga segelintir orang yang tanpa segan silu menunjukkan aktiviti maksiatnya menerusi media sosial masing-masing. Lebih memalukan, jika sudah terang lagi bersuluh individu berkenaan merupakan orang Islam.

BACA:  Penggunaan Hand Sanitizer Beralkohol Di Masjid. Batal Atau Tidak Wudhu'nya

Tidakkah ia menjejaskan imej diri dan agama Islam itu sendiri?

“Bila kita buat maksiat, jangan rasa kita ini selamat dengan maksiat (yang dilakukan).

“Boleh jadi kita selamat sekarang ini, tetapi tidak pada masa yang akan datang nanti. Tak tentu kita akan selamat kelak,” katanya sebagaimana yang dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikannya di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sekali lagi, pendakwah itu menegaskan agar jangan mendedahkan perbuatan maksiat sendiri kepada orang lain.

“Jangan kita berbangga pula dengan maksiat itu. Nanti bila turun bala daripada ALLAH menyebabkan bukan kita sahaja yang kena (bala itu).

BACA:  Cintailah Rasulullah, Kerana Nabi Menunjukkan Jalan Terhadap Kebahagiaan Yang Abadi. Subhanallah!

“Bahkan, dengan orang yang lain yang tak menegur terhadap maksiat (yang kita lakukan) itu akan turut sama terkena (bala) pada saat yang demikian,” nasihat beliau.

Mudah kata, jangan langsung berbuat maksiat dalam kita melayari kehidupan di dunia yang hanya bersifat sementara ini.

Andai diri sudah terpalit dengan maksiat, jangan babitkan orang lain sama dalam perbuatan jahat itu.

Ingatlah, di akhirat nanti, kita tidak akan terlepas daripada hukuman ALLAH. Setiap perbuatan kita akan dihitung satu persatu.

Justeru, bertaubatlah segera. Masih ada waktu lagi untuk kita bertaubat bersungguh-sungguh menyesali atas setiap perbuatan yang dilakukan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.