≡ Menu

Jangan Berbicara Seperti Keldai. Berbicaralah Dengan Penuh Adab

وَٱقۡصِدۡ فِی مَشۡیِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَ ٰ⁠تِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِیرِ

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” [Surah Luqman 19]

#Sambungan bicara kenapa Allah swt mengumpamakan suara yang keras, buruk, terpekik-pekik seperti suara keldai???

#Dalam hal ini Allah mengumpamakan mereka yang buruk gaya percakapannya seperti keldai. Keldai disebut sebagai binatang yang mempunyai suara yang kuat dan hodoh. Seorang pengkaji Arab dalam buku Al-Hayawan fil Quran menyebut bahawa dapatan kajian sains menunjukkan suara keldai paling lantang iaitu 35 Hz. Maka tegahan bersuara kuat (sehingga mengganggu orang lain) dilarang oleh Allah swt.

#Suara keldai juga dipilih bagi menggambarkan betapa hinanya suara seseorang yang meninggikan suaranya tanpa sebab. Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah dalam tafsirnya bahawa sudah menjadi amalan Arab Jahiliyah mereka sangat berbangga dengan suara yang kuat. Suara yang kuat melambangkan kehebatan (‘izzah) manakala suara perlahan melambangkan kehinaan (azal). Jadi Allah menghina mereka dengan diumpamakan suara yang keras itu dengan suara keldai.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Tujuan Islam menuntut kita memperelokkan suara ialah kerana intonasi suara yang baik dan lembut boleh mempengaruhi bentuk perhubungan sesama manusia. Cuba bayangkan jika seseorang datang berjumpa dengan kita, bercakap dengan suara yang tinggi dan keras sehingga orang sekeliling memandang kita, apa perasaan kita pada ketika itu. Sudah tentu kita berasa kurang senang dan malu. Begitu juga perasaan orang lain jika kita menegur dengan intonasi suara yang sebegitu. Suara yang lunak dan sederhana didengar akan mendamaikan orang lain.

BACA:  Gaji Halal Tetapi Tidak Berkat?

#Sabda Rasulullah saw:

يا عائشة ! إن الله رفيق يحب الرفق، ويعطي على الرفق ما لا يعطي على العنف، وما لا يعطي على ما سواه

“Wahai Aisyah, sesunguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan. Allah memberi kepada kelembutan hal-hal yang tidak diberikan kepada kekerasan dan sifat-sifat lainnya” (HR Muslim)

BACA:  Anak-Anak Berumur 4-5 Tahun Ini Banyak Cabarannya. Fikir Dahulu Sebelum Marah Agar Daya Fikiran Mereka Tidak Terbantut

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: “Dalam hadis ini terdapat motivasi untuk bersikap lemah lembut, sabar dan berbicara dengan lembut kepada manusia, selama tidak ada sebab/hajat yang membuat kita bersikap keras terhadap mereka”.

#Firman Allah swt:

ٱدۡعُوا۟ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعࣰا وَخُفۡیَةًۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas” [Surah al-A`raf 55]

Semoga kita sentiasa dimudahkan oleh Allah dalam pergaulan sesama manusia serta bersikap dengan sikap penuh adab dan berakhlak mulia dalam berbicara. Jauhi bicara seperti keldai!!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.