
Musibah Itu Menghapuskan Dosa-Dosa
Seorang penyair Ibnul-Mu’taz pernah berkata : “Demi Allah, alangkah lurusnya jalan hidup orang yang bertawakal kepada Allah, alangkah cepatnya kembali kesedaran orang yang percaya kepada Allah.”
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapus dosa-dosanya.”
Perkara ini berlaku bagi orang yang bersabar, ikhlas dan bertaubat kerana Allah mengetahui bahawa amalnya hanya untukNya.

Al-Mutanabbi menyebutkan di dalam bait-bait syairnya yang penuh hikmah, sehubungan dengan perlunya bekalan kekuatan dan kelapangan dada bagi seorang hanba :
Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan
sepanjang roh masih setia menemani jasad.
Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu.
Terkadang datangnya kesedihan
tidak boleh kamu tolak.
Firman Allah S.W.T. :
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan tidak pula terlalu gembira dengan nikmat yang diberikannya kepadamu..
(Al-Hadid : 23)
