≡ Menu

Jangan Salah Baca. Ini 11 Syarat Yang Perlu Dijaga Ketika Membaca Al-Fatihah Di Dalam Solat.

Imam al-Baijuri ada menyebutkan secara ringkas sebelas syarat yang perlu dijaga ketika membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang, iaitu:

1. Bacaan yang dapat didengar dengan jelas oleh telinganya sendiri (bagi yang sihat pendengaran).

2. Membaca dengan tertib (tersusun mengikut susunan ayat-ayatnya).

3. Membaca secara berterusan (muwalah), iaitu bacaan yang tidak terputus-putus kecuali pada kadar untuk bernafas.

4. Menjaga segala hurufnya, termasuk sabdunya yang empat belas. Tiga daripadanya terdapat pada Basmalah(بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5. Tidak melakukan kesilapan dalam bacaan yang boleh menukar makna.

BACA:  “Macamlah Menteri Agama Ni Bodoh Sangat, Tiada Agama,” – Dato Dr. Mujahid

6. Tidak membacanya dengan bacaan yang ganjil (syadz) yang merubah makna.

7. Tidak menukar perkataan-perkataannya.

8. Membaca setiap ayatnya termasuk Basmalahnya, kerana ianya adalah sebahagian daripada surah al-Fatihah.

9. Membacanya dalam bahasanya yang asal iaitu bahasa Arab dan tidak menterjemahkannya ke dalam bahasa lain, kerana jika diterjemahkan akan hilanglah mukjizat al-Qur‘an itu.

10. Khusus bagi orang yang tidak mampu membaca surah al-Fatihah, hendaklah membaca penggantinya dari surah-surah lain juga dalam bahasa Arab. Lainlah halnya jika gantiannya itu terdiri daripada zikir ataupun doa, kerana ianya boleh diterjemahkan jika tidak mampu membacanya dalam bahasa Arab.

BACA:  Kisah Tazkirah Imam Hanafi Dan Sepatu Kayu

11. Membacanya dalam keadaan qiyam (berdiri). Jika tidak mampu berdiri, maka hendaklah dibaca dalam keadaan duduk, berbaring dan sebagainya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.