≡ Menu

Jangan Sesekali Beri Kanak-Kanak Minum Dua Minuman Ini. Hilang Zat Besi!

 

Sumber pemakanan yang diberikan pada anak perlulah mengandungi khasiat yang baik seperti zat besi. Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Jika tiada sel darah merah dalam badan, penyakit anemia iaitu kekurangan darah merah boleh terjadi.

Kandungan kafein dalam minuman seperti teh dan kopi dapat menyekat zat besi daripada diserap oleh tubuh badan. Oleh itu, mari kenali sumber makanan yang mempunyai khasiat zat besi.

7 MAKANAN TINGGI ZAT BESI, JANGAN BERI ANAK TEH & KOPI KALAU TAK NAK ZAT BESI ‘HILANG’!

Pastikan anak-anak kita cukup Zat Besi. Anak yang tak cukup Zat Besi boleh mengakibatkan pelbagai masalah pada mereka.

ANTARA MASALAH AKAN TERJADI PADA ANAK:

  • Kurang selera makan
  • Masalah tumpuan
  • Kerap penat dan muka pucat
  • Craving kat benda-benda pelik
  • Tumbesaran terganggu
  • Masalah tingkah laku
  • Perkembangan otak terjejas

Ini saya kongsikan antara makanan yang tinggi kandungan Zat Besi. Pastikan kita ambil juga makanan yang kaya dengan VITAMIN C. Supaya Zat Besi dapat diserap dengan baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saya sedar perkara ni selepas Doktor mengesahkan anak saya kurang Zat Besi 3 tahun sudah. Sedangkan, banyak makanan bersumberkan zat besi saya dah ambil.

Rupanya, ada kesilapan saya dah buat. Saya kerap beri anak minum teh. Teh itulah punca Zat Besi tak dapat diserqp oleh badan.

BACA:  Rezeki Terasa Sempit, Periksa Dahulu 7 Perkara Ini Pada Diri, Dan Keluarga

Jadi mak ayah yang budiman. Take note ni ya! Elakkan minuman bikarbonat, kopi dan teh dalam diet anak. Selain tak sihat, ia boleh jadi punca badan anak tak cukup zat besi.

SUMBER MAKANAN YANG MEMPUNYAI ZAT BESI:

1. IKAN BILIS

  • 1/2 cawan ada 2.6 mg Zat Besi

2. KERANG

  • 10 biji 2 mg Zat Besi.

3. BAYAM

  • 1/2 cawan 3.1 mg

4. TAUHU

  • 1/2 cawan 3.4 mg.

5. BROKOLI

  • 1/2 cawan 3.1 mg.

6. DAGING MERAH

  • 1/2 cawan 2.7 mg.

7. IKAN CENCARU

  • 1 ekor 2.8 mg.8.

JANGAN BERI ANAK MINUM AIR KOPI ATAU TEH!

Say no to coffee and tea to your child. Dia flush out air dalam badan dan zat-zat penting jugak. Minum sorok-sorok dari anak.

BACA:  Adakah Benar Habbatus Sauda Merupakan Penawar Segala Penyakit? Betulkah Begitu
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.