
Ramai orang telah cuba menggunakan ubat gigi sebagai ubat pencegah jerawat, tetapi ternyata ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Kamu pernah letak ubat gigi di kawasan jerawat? Ura-ura ubat gigi baik untuk kecutkan jerawat. Tapi berkesan ke petua tersebut atau baik ke untuk kulit kita?
Sebelum anda mencuba petua tersebut, tanya dulu “Adakah ubat gigi berkesan dan selamat untuk menyembuhkan jerawat?”
Ramai percaya jika meletakkan ubat gigi pada jerawat sebelum tidur, akan bangun dengan wajah yang bersih keesokan hari. Hanya meletakkan satu atau dua dot untuk mendapatkan hasil.
Ubat gigi mungkin merupakan rawatan berkesan kerana mengandungi agen pengeringan dan sebatian antibakteria. Walau bagaimanapun, bahan-bahan dalam ubat gigi mungkin mempunyai lebih banyak risiko daripada faedah perawatan kulit.
Ubat gigi mengandungi banyak ramuan yang bermanfaat untuk kesihatan gigi, seperti:
- glycerin
- sorbitol
- calcium carbonate
- sodium lauryl sulfate (SLS)
- sodium bicarbonate (baking soda)
Untuk pengetahuan anda, ubat gigi mengandungi bahan seperti alkohol. Dan kulit sebenarnya tidak serasi dengan alkohol.
“Ubat gigi biasanya mengandungi bahan (yang menjadikan kulit kering) seperti alkohol, dan ini mungkin alasan utama kenapa ramai antara kita mengolesnya pada jerawat, kerana pemahaman ubat gigi dapat mengecutkan jerawat.
“Ubat gigi boleh menyebabkan iritasi teruk. Kebanyakan formula mengandungi bahan seperti alkohol, baking soda, hydrogen peroxide yang boleh mengecutkan jerawat, tetapi ia juga boleh menyebabkan iritasi pada lapisan kulit, kemerahan dan kulit mengelupasan.

“Jika lapisan luar kulit rosak, kulit akan overdrive dan menghasilkan lebih banyak, lalu menyebabkan liang pori tersumbat, breakout, bintik hitam dan kulit berminyak,” tambah Mona Gohara, MD, Associate Clinical Professor di Yale University, Amerika Syarikat.
Walaupun kamu hanya meletakkan sedikit ubat gigi pada jerawat, kulit di sekitarnya boleh mengalami iritasi dan menimbulkan lebih banyak jerawat di wajah. Tambahan, mengecutkan jerawat tidak membuatkan jerawat itu hilang, ia hanya membuat lapisan permukaan kulit kering tanpa membunuh bakteria di dalamnya.
Rutin penjagaan wajah yang teratur
Tiada yang lebih daripada melakukan rutin penjagaan wajah yang teratur setiap hari. Guna pembersih, toner, pelembap, krim pelindung matahari setiap hari untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih. Banyakkan minum air, sayuran hijau dan buah dan bersenam supaya kekal berpeluh, dan membuang segala toksin di dalam bad
