≡ Menu

Jangan Sesekali Tidur Dengan Rambut Yang Lembab. Bahaya!

Memandangkan sekarang kita berdepan dengan cuaca panas lit-lit, jadi satu kemestian untuk mandi sebelum tidur supaya badan rasa sejuk dan segar.

Di sini, kami nak tanya berapa ramai yang tidur dalam rambutnya basah? Kita mesti ada mendengar mitos tidur dalam rambut basah tak elok untuk kesihatan, dan boleh menyumbang kepada kerosakan rambut.

“Tidur dengan rambut anda basah atau lembap tidak semestinya ‘buruk’, tetapi jika berlebihan (hampir setiap malam), anda berpeluang merosakkan folikel, menyebabkan kerosakan, atau mungkin mendapat jangkitan kulat pada kulit kepala anda,” jelas pakar

Risikonya agak minimum, tetapi ada beberapa yang harus anda perhatikan sebelum terus tidur dalam keadaan rambut basah.

Jangkitan Kulat
Walaupun tidur dalam rambut basah tidak menyebabkan anda selesema, tetapi risiko anda terkena jangkitan kulat pada kulit kepala.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kulat, seperti Malassezia, boleh menyebabkan keadaan seperti kelemumur atau dermatitis, jadi sebaiknya tidur dengan rambut kering.

BACA:  “Tutup Pintu Tu Cepat,” Arkitek Jelaskan Kesan Tandas Dalam Bilik Tidur

Kerosakan Rambut
Tidur dengan rambut basah memberi kesan pada rambut itu sendiri. Rambut paling lemah ketika basah. Risiko utama (selain dari kosmetik) adalah kerosakan rambut ketika anda bergerak dan berpusing semasa tidur.

Jadi tidak hairan jika ia meningkatkan kerosakan dengan membiarkan rambut anda basah semasa tidur.

Kemungkinan Sakit
Mitos anda akan jatuh sakit bila tidur dengan rambut basah tidak semuanya benar. Anda tidak boleh dijangkiti virus kerana rambut basah.

“Tidak ada bukti bahawa seseorang dapat demam dari tidur dengan rambut basah.

Walaupun begitu, tidur dengan rambut basah kemungkinan melemahkan sistem kekebalan tubuh anda yang memungkinkan anda terkena virus selesema.

Menyebabkan Kelemumur
Kelembapan rambut yang berpanjangan akan menyebabkan bakteria dan kulat membiak di kulit kepala dan juga bantal.

BACA:  Rasuah Membinasakan Kita Semua. Bukan Sahaja Wang, Tapi Disogok Dengan Zina. Nauzubillah..

Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kehilangan minyak semula jadi menjadikan kulit kepala cenderung untuk kelemumur.

Boleh Menyebabkan Keguguran Rambut
Tidur dengan rambut basah boleh menyebabkan rambut anda gugur dan, paling teruk lagi kurap pada kulit kepala. Kurap kulit kepala adalah sejenis jangkitan kulat, yang disebabkan oleh keadaan panas dan lembap.

Ia sangat berjangkit, jadi berhati-hatilah dan elak tidur rambut basah.

Jerawat Di Wajah Boleh Tumbuh
Rambut yang basah bersentuhan dengan bantal, jadi kemungkinan untuk pertumbuhan bakteria dan juga berlakunya break out. Sebaiknya keringkan rambut sebelum anda tidur.

Kesimpulan, tidur dengan rambut basah boleh menjadi buruk. Anda mesti tidur dengan rambut kering sepenuhnya untuk mengurangkan risiko jangkitan kulat dan kerosakan rambut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.