Jangan Bersedih, Dunia Ini Tidak Selayaknya Ditangisi
Kebahagian seseorang akan semakin bertambah, berkembang dan mengakar apabila dia mampu mengabaikan semua perkara yang remeh dan tidak berguna. Kerana, orang yang bekeinginan tinggi adalah orang yang lebih memilih kepada akhirat.
Salah seorang daripada ulama salaf telah berwasiat kepada saudaranya : “Jadikanlah keinginanmu itu kepada satu arah sahaja, yakni keinginan bertemu dengan Allah, bahagia di akhirat dan damai di sisiNya.”
Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabbmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi bagi Allah.
(Al-Haqqah : 18)
Tiada keinginan yang lebih mulia selain keinginan yang tersebut. Apalah ertinya sebuah keinginan yang hanya tertumpu kepada kehidupan ini sahaja. Kerana, semuanya itu hanya akan bermuara pada keinginan untuk meraih kedudukan, jawatan, emas, perak, anak-anak, harta-benda, nama besar dan kemasyhuran, istana-istana dan rumah-rumah besar yang kesemuanya ini akan musnah dan lenyap.
Allah S.W.T. telah menggambarkan sifat-sifat musuhNya, yakni kaum munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam surah Ali-‘Imran, ayat 154 :
…sedangkan yang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah..
Begitulah, mereka hanya berkeinginan memuaskan nafsu, perut dan syahwat mereka dan mereka pun tiada memiliki keinginan yang lebih tinggi dari itu.
Ketika Rasulullah S.A.W. sedang membai’ah para sahabat di bawah suatu pohon, terdapat seorang munafik yang justeru meninggalkan bai’ah itu untuk mencari untanya yang berwarna merah. Dan orang itu berkata : “Aku akan lebih berbahagia sekiranya aku dapat menemui untaku daripada aku turut serta berbai’ah sepertimana yang kalian lakukan.” Maka Rasulullah S.A.W. pun berkata :
Semua orang di antara kalian diampunkan, kecuali pemilik unta merah itu.
Sesungguhnya orang munafik bukan sahaja ingin menyesatkan dirinya sendiri, tetapi juga seringkali mengajak para sahabatnya yang lain. Misalnya, mereka pernah berkata : “Janganlah kalian berangkat perang pada saat panas terik begini.” Maka Allah pun menempelak mereka seraya berfirman :
…katakanlah :Api neraka jahannam itu jauh lebih panas..”
(At-Taubah : 81)
Orang munafik yang lain berkata :
…berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah..
(At-Taubha : 49)
Itulah orang munafik; hanya memikirkan keuntungan peribadinya sahaja, sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam surah At-Taubah, ayat 49 :
…ketahuilah, bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah..
Selain itu, orang munafik seiring mementingkan harta dan keluarganya sahaja di mana mereka pernah berkata, sebagaimana di dalam surah Al-Fath, ayat 11 :
…harta dan kelurga kami telah merintangi kami, maka mohonkanlah kekeampunan bagi kami…
Sesungguhnya, semua keinginan mereka itu hanyalah keinginan yang remeh dan tidak bernilai. Dan keinginan seperti itu hanya akan dipeduli oleh orang yang bodoh yang tidak berharga. Manakala para sahabat yang mulia, mereka selalu mengharapkan keutamaan dan keredaan dari Allah.