
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di Twitter mengatakan bahawa sebilangan besar kematian Covid-19 adalah dikaitkan dengan komorbiditi penyakit tidak berjangkit termasuklah obesiti.
Berdasarkan kajian daripada Institut Kesihatan Negara memaklumkan bahawa apabila seseorang mengalami berat badan (obesiti) dan obesiti abdomen ianya adalah tanda risiko kesihatan.
Apa perbezaan berat badan/obesiti dan obesiti abdomen?
Bagi mengenalpasti seseorang itu adalah obesiti, mereka perlu mengira jisim tubuh atau lebih dengan Body Mass Index (BMI). Dalam kajian yang dijalankan KKM, 1 daripada 2 dewasa di Malaysia adalah kategori berlebihan berat badan dan obesiti.

Selain itu, seseorang boleh mengenal pasti mereka adalah obesiti abdomen dengan mengira ukur lilit pinggang. Bagi lelaki obesiti, ukur lilit pinggang adalah lebih 90 cm manakala bagi wanita obesiti adalah lebih 80 cm. Kajian mendapati bahawa 1 dariapda 2 dewasa di Malaysia adalah dalam kategori obesiti abdomen.
Sebagai langkah pencegahan, KKM menasihati orang ramai selain mengamalkan konsep 3S dan 3W, untuk memutuskan rantaian Covid-19, terus kekal aktif dan amalkan pemakanan yang sihat.
