≡ Menu

Jangan Ulang Pakai Minyak. Ini Sebabnya Doktor Pakar Larang Menggunakannya

“Minyak ni okay lagi, guna lah nak goreng ikan…”

Mungkin ramai dalam kalangan kita mempunyai pendapat sebegini bukan? Mana tidaknya, baru dua kali sahaja guna minyak masak dan masih kelihatan elok, maka guna sahaja sekali lagi. Tunggu dulu! Sebenarnya, penggunaan minyak masak secara berulang-ulang kali adalah tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang mengapakah perbuatan ini tidak digalakkan.

Tahukah anda bahawa penggunaan minyak masak berulang-ulang kali dapat membahayakan tubuh kita sendiri. Menurut pakar, jika anda suka menggunakan minyak masak secara ulang, andan berpotensi mendapat penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah tersumbat!

BACA:  Jangan Sesekali Lakukan Perkara Ini Sesudah Kenyang. Sangat Berbahaya

Hal ini kerana, minyak masak yang sudah digunakan banyak kali akan meninggalkan sisa toksik dan makanan yang baru digoreng menggunakan minyak tersebut akan menyerap toksik berkenaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

MAKSIMUM GUNA DUA ATAU TIGA KALI SAHAJA

Menjadi kebiasaan apabila kita tidaklah mahu membazirkan minyak yang digunakan hanya sekali. Oleh itu, pakar memesan bahawa maksimum penggunaan semula minyak masak hanyalah sebanyak dua atau tiga kali sahaja. Namun, jika minyak digunakan untuk menggoreng haiwan berdarah dinasihatkan untuk digunakan hanya sekali sahaja.

BACA:  Makan Nasi Cepat Gemuk. Padahal Nasi Baik Untuk Kesihatan, Ini Yang Tak Ramai Tahu.

Namun, bagi menjaga kesihatan kita juga dinasihatkan untuk mengurangkan makanan bergoreng di luar rumah. Bukan tidak percaya tetapi khuatir minyak masak telah dikitar semula penggunaan bagi menjimatkan kos.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.