≡ Menu

Janganlah Sesekali Kita Terpedaya. Paras Rupa Boleh Membinasakan Kita

 

‘Jangan binasa kerana rupa’ – Naluri manusia sukakan keindahan dan kecantikan. Allah Taala menjadikan manusia sebagai makhluk yang sangat istimewa dengan pelbagai kelebihan berbanding makhluk-makhluk-Nya yang lain.

Selain mempunyai akal, antara kelebihan dan keistimewaan manusia ialah memiliki  rupa yang indah. Ini sesuai dengan naluri manusia yang sukakan keindahan dan kecantikan.

Namun adakah keindahan rupa paras ini kekal sepanjang usia manusia? Adakah wajar dibanding-bandingkan rupa paras manusia? Apakah kemuliaan manusia terletak pada rupa paras?

Rupa itu ujian

Ada manusia yang diberikan dengan rupa paras yang begitu menawan. Kita semua sangat mengenali kisah Nabi Yusuf a.s, seorang Nabi yang terkenal dengan ketampanan luar biasa. Tetapi apakah Nabi Yusuf sombong dengan ketampanan beliau? Apakah beliau menggunakan ketampanan beliau untuk memperdaya wanita? Tidak sama sekali.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lihatlah bagaimana syukurnya Nabi Yusuf a.s terhadap segala nikmat yang Allah Taala berikan kepada baginda. Baginda menyebut-nyebut segala nikmat yang Allah berikan kepada baginda. Firman Allah S.W.T.

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.”

(Surah Yusuf, ayat 101)

Inilah contoh terbaik untuk kita melalui ujian sebegini seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s.

BACA:  Kesunyian Itu Adalah Peluang Untuk Muhasabah Dan Mendekatkan Diri Dengan Allah

Jangan binasa kerana rupa

Walaupun kita semua tidaklah setampan Nabi Yusuf a.s, atau seindah wanita rupawan yang pernah lahir dalam sejarah bagi golongan wanita, rata-rata manusia kebanyakannya sangat mengambil berat rupa paras mereka.

Bagi golongan wanita, mereka sanggup menghabiskan jumlah wang yang besar untuk menghiasi rupa paras mereka dengan pelbagai jenis alat solek. Pelbagai jenis krim, ubat-ubatan yang digunakan bagi memastikan rupa paras mereka sentiasa dihiasi secantik mungkin.

BACA:  LAPAN Pesanan Buat Kaum Hawa, Jangan Abaikan

Memang memelihara kecantikan itu suatu sifat yang baik. Tetapi menghiasi diri dan rupa paras dengan cara melampau sehingga melanggar batasan yang ditetapkan dalam Islam seperti mendedahkan aurat, berpakaian ketat dan seumpamanya itu merupakan sesuatu yang ditegah dalam Islam.

Tidak perlu kita membiarkan diri kita larut dan hanyut dengan kesibukan menghiasi rupa paras diri, tetapi langsung tidak dipeduli keadaan iman dalam hati. Tidak juga diperhalusi amalan-amalan yang telah dilakukan. Inilah bibit-bibit yang boleh membawa kerugian dan kebinasaan. Perhatikanlah dan muhasabahlah diri kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.