≡ Menu

Jauhi! 5 Jenis Makanan Ini Boleh Membuatkan Kita Nampak Lebih Tua Daripada Usia Kita

SEIRING dengan pertambahan usia, organ tubuh manusia termasuk kulit akan mengalami proses penuaan dan ia adalah perkara biasa.

Bagaimanapun ada sebab lain yang membuatkan proses penuaan kulit lebih cepat berbanding usia sebenar seseorang iaitu pemakanan.

Tanpa disedari terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat membuatkan kulit kita lebih cepat tua, antaranya;

1. Kentang goreng segera

Bagi penggemar fast food, kentang goreng pasti menjadi santapan wajib kerana tekstur ranggup dan rasa masin membuatkan ramai ketagih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tetapi, ramai tidak menyedari bahawa makanan digoreng menggunakan minyak bersuhu tinggi akan melepaskan radikal bebas yang dapat menyebabkan kerosakan sel kulit.

BACA:  Bolehkah Wanita Hamil Makan Telur? Ini Khasiatnya

Paparan terhadap radikal bebas ini mempercepatkan proses penuaan kerana ia mempengaruji molekul DNA dan melemahkan keanjalan kulit.

Rasa masin daripada garam juga dapat menghilangkan kelembapan pada kulit, akibatnya kulit mengalami dehidrasi.

 

2. Roti putih

Makanan dengan indeks glikemik tinggi seperti roti putih dapat menyebabkan masalah radang pada tubuh dan mempercepatkan proses penuaan.

3. Gula

Gula termasuk dalam makanan yang menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Gula juga menyumbang kepada kerosakan kolagen yang diketahui sangat penting dalam memastikan kulit kekal sihat dan anjal.

 

4. Majerin

Kajian mendapati pengambilan majerin berlebihan tidak sihat berbanding mentega. Ini kerana majerin mengandungi minyak yang tinggi. Asid lemak di dalamnya juga membuatkan ia mudah merosakkan kolagen pada kulit.

 

5. Daging proses

Pepperoni, sosej adalah contoh daging proses yang bahaya bagi kulit manusia. Daging jenis ini tinggi kandungan natrium, sulfur dan lemak.

Gabungan itu sahaja dapat membuatkan kulit mudah kering dan melemahkan kolagen pada kulit.

 

Makanlah secara sihat dan juga berhemah jika anda sayangkan diri anda

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.