≡ Menu

Jauhi Dari Khianat. Amalkan Doa Yang Diajarkan Dalam Hadis Ini.

Khianat adalah lawan dari amanah. Jika amanah membawa maksud perkara dengan sebaik-baiknya, maka khianat adalah sebaliknya.

Ia adalah perbuatan menyia-nyiakan amanah yang ada. Sama ada amanah sebagai seorang anak, sebagai seorang rakan mahupun pekerja.

Imam Al-Munawi berkata – “Khianat adalah perkara menyia-nyiakan amanah. Ada yang berkata, khianat adalah menyelisihi kebenaran dengan membatalkan perjanjian secara rahsia.” (At-Tauqif, hlm. 162)

Disebabkan itu, apabila kita menerima sesuatu amanah, maka laksanakanlah ia dengan baik agar diri kita tidak dilabel sebagai pengkhianat.

BACA:  2 Bahan Ini Perlu Diamalkan Pesakit Kanser Ovari. Insya'Allah

Dan, dalam mengharungi kehidupan sehari-hari, kita perlu berhati-hati daripada segala bentuk pengkhianatan yang mungkin berlaku.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kita mungkin tidak tahu siapa atau apa yang boleh mengkhianati kita. Disebabkan itu, Baginda SAW sentiasa mengajarkan kepada kita sebuah doa agar dapat melindungi diri kita daripada bentuk pengkhianatan.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

اللهمَّ إنِّي أعوذُ بك من الجوعِ ، فإنَّه بئْسَ الضجيعُ ، و أعوذُ بك من الخيانةِ فإنَّها بئستُ البِطانةُ

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelaparan, kerana ia adalah seburuk-buruk teman tidur. Dan aku berlindung kepadaMu dari pengkhianatan kerana ia adalah seburuk-buruk perkara yang mengikuti.” (Hadis Riwayat As-Suyuthi, no. 1541)

BACA:  Jawatan, Pangkat Dan Darjat, Jangan Sesekali Kita Bermegah. Buruk Padahnya

Perbuatan khianat termasuk dalam salah satu dosa besar yang perlu dielakkan kerana ia salah satu sifat orang munafik yang boleh menjatuhkan seseorang.

Justeru, doa yang diajar ini boleh dijadikan sebagai benteng daripada perlakuan ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.