≡ Menu

Jauhilah Orang Yang Ingkar Dan Musuh Musuh Allah

Setelah membaca buku-buku yang ditulis oleh “orang yang ingkar kepada Allah dan merintangi menentang hukum Allah” baik berbentuk puisi mahupun prosa, saya menjadi tahu bahawa ucapan orang yang menyimpang dari hukum Allah di muka bumi ini dan sikap kurang ajar mereka, menunjukkan sikap permusuhan yang terbuka terhadap prinsip-prinsip kebenaran yang hakiki dan ajaran-ajaran rabbani. Dari pembacaan itu, saya dapat simpulkan bahawa orang akhirnya tidak malu untuk meniru apa yang mereka katakan, tulis dan ungkapkan.

Saya akhirnya mengerti bahawa orang yang tidak punya prinsip dan tidak berpegang pada ajaran suatu risalah, maka sesungguhnya telah berubah menjadi binatang melata dalam bentuk manusia dan berubah menjadi haiwan dalam bentuk manusia.

Ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat jalan hidupnya (daripada binatang ternak).
(Al-Furqan : 44)

Pada saat membaca buku-buku seperti itu, terselit beberapa pertanyaan-pertanyaan yang kemudian saya lontarkan kepada diri saya  sendiri : Bagaimana orang seperti itu akan bahagia sementara mereka telah berpaling dari si Pemilik kebahagian itu sendiri, yang akan dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki?

Bagaimana mungkin mereka akan bahagia sementara mereka telah memutuskan tali hubungan dengan Allah, mereka telah menutup pintu-pintu antara diri mereka yang tidak bererti dan sakit itu, dengan rahmat Allah yang Maha Luas?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bagaimana mereka akan bahagia sementara mereka telah membuat Allah murka?

Bagaimana mereka akan mendapatkan ketenangan sementara mereka telah memerangiNya?

Namun saya dapat menangkap bahawa hukuman pertama yang menimpa mereka di dunia ini merupakan tahap awal pekenalan mereka dengan kesengsaraan di akhirat nanti – jika mereka tidak bertaubat – yang berupa neraka jahannam, kesengsaraan hidup, ketidakacuhan dan tekanan mental.

Barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sungguh dia akan mendapatkan penghidupan yang sempit…
(Taha : 124)

Tiada jarang mereka ingin menghilang saja dari dunia ini, ingin segera mengakhiri kehidupannya, ingin agar dunia diledakkan saja dan meninggalkan kehidupan ini.

Kesamaan antara orang yang ingkar kepada Allah dahulu dan sekarang adalah bahawa mereka sama-sama kurang ajar kepada Allah, mereka menerapkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip secara sebarangan, mereka amat bodoh terhadap akibat-buruk dan  mereka tidak peduli terhadap apa yang mereka katakan, tulis dan kerjakan.

BACA:  Jagalah Silaturrahim Sesama Adik Beradik, Insya'Allah, Hidup Dipermudahkan, Rezeki Diluaskan.

Maka apakah orang yang mendirikan bangunan di atas dasar takwa kepada Allah dan keredaanNya itu yang baik, ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang yang zalim.
(At-Taubah : 109)

Bagi mereka yang ingkar itu, satu-satunya jalan keluar dari keresahan jiwa, kesuntukan nurani dan kesedihan hati orang yang tidak mahu bertaubat dan tidak mahu mencari hidayah selalunya akan membunuh diri dan mengakhiri hidup yang pahit dan usia yang murah lagi tiada harganya.

…katakanlah (kepada mereka) : “Matilah kalian kerana kemarahan kalian itu.”
(Ali-‘Imran : 119)

…maka bunuhlah diri kalian sendiri yang demikian itu lebih baik bagi kalian..
(Al-Baqarah : 54)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.