≡ Menu

Jauhkan Kami Dari Sifat Sombong, Bongkak Dan Takbur

وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورࣲ

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri” [Surah Luqman 18]

#Dalam ayat ini, Allah swt melarang kita memalingkan muka atau ‘buat muka’ seperti mencemik kepada manusia kerana tindakan itu adalah tanda-tanda sombong, apatah lagi jika bercakap dengan nada sombong.

#Pesan Baginda saw:

ولو أن تلقى أخاك ووجهك إليه مُنْبَسِط

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Jika engkau bertemu saudaramu, berwajahlah ceria di hadapannya” (HR Ahmad)

#Bercakaplah dengan penuh sopan dan jangan dengan nada yang angkuh. Berkata Sayidatina Aisyah r.ha:

“Rasulullah saw tidaklah berbicara seperti yang biasa kamu lakukan (iaitu berbicara dengan nada cepat/tergesa-gesa). Namun baginda berbicara dengan nada perlahan dan dengan perkataan yang jelas dan terang lagi mudah dihafal oleh orang yang mendengarnya” (HR Abu Daud)

#Kata Sayidatina Aisyah r.ha lagi: “Tutur kata Rasulullah sangat teratur, untaian demi untaian kalimat tersusun dengan rapi, sehingga mudah difahami oleh orang yang mendengarnya” (HR Abu Daud)

#Allah juga melarang kita berjalan dengan cara yang berlagak atau angkuh.

وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” [Surah Al-Isra’ 37]

BACA:  Jangan Putus Asa Berdoa, Ini 6 Waktu Yang Dikatakan Mustajab Menurut Hadis

#Ketika menafsirkan ayat ini, Prof. Hamka menyatakan: “Ini adalah termasuk budi pekerti, sopan santun dan akhlak yang tinggi. Ketika bercakap secara berhadapan dengan seseorang, kita hendaklah menghadapkan muka kepadanya dan mendengar dengan baik”.

#Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab Ihya’ Ulumuddin berkata: “Sifat takabbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takabbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya”.

Semoga kita sentiasa  dipelihara oleh Allah swt daripada sifat tercela ini dan terhindar dari pelbagai macam bentuk kesombongan dalam diri kita. Aamiiin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.