≡ Menu

Jika Kamu Gemar Makan Dengan Laju, Awas Selalu, Ia Mungkin Membahayakan Kamu

Setiap orang memiliki cara makan yang berbeza. Ada yang jenis makan terlalu lambat dan ada juga yang makan terlalu cepat. Kebiasaannya orang yang makan terlalu cepat ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Ada yang mengejar masa atau terlalu lapar.

Tapi adakah kamu tahu, makan dengan cepat boleh mendatangkan bahaya? Semak 5 kesan buruk di bawah untuk ketahui apakah bahaya yang boleh berlaku pada kesihatan kamu jika makan dengan terlalu cepat.

Masalah Jantung
Dipetik daripada AHA Journals, seorang pakar jantung dari Universiti Hiroshima iaitu Dr. Takayuki Yamaji telah menjalankan kajian terhadap 1000 orang dewasa yang sihat.

Mereka diminta untuk menggambarkan cara pemakanan iaitu sama ada makan terlalu cepat atau lambat. Kemudian diminta untuk memantau kesihatan diri selama 5 tahun.

Hasil kajian tersebut, Dr. Takayuki mendedahkan seorang individu telah didiagnosis dengan sindrom metabolik. Sindrom ini berisiko membuatkan seseorang individu mendapat penyakit jantung, angin ahmar dan kencing manis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Alami Gangguan Pencernaan
Jika sistem pencernaan kamu mengalami masalah, cuba fikirkan kembali cara makan kamu. Adakah terlalu cepat?

BACA:  Carilah Keberkatan Dalam Berniaga. Insya'Allah Hidup Kita Akan Bahagia Di Dunia Dan Di Akhirat.

Bila makan terlalu cepat, kamu tidak akan sempat atau betul-betul mengunyah makanan sebelum telan. Situasi ini boleh menyebabkan sistem pencernaan mengambil masa yang lama atau bekerja overtime untuk hancurkan makanan dalam usus.

Makanan yang tidak dicerna dengan baik boleh menjadi sisa, tiada penyerapan zat dan racun pada badan. Sebab itulah ada masanya kamu kerap berasa sakit perut.

Berat Badan Menjadi Obesiti?
Menurut Live Strong, individu yang makan dengan cepat lebih cenderung untuk tidak berasa kenyang, malah akan menyebabkan makan dengan banyak.

Ini kerana sistem pencernaan secara semula jadi akan memberi isyarat pada otak supaya berhenti makan atau berasa kenyang. Tetapi kalau makan dengan cepat, sistem tersebut tidak sempat menghantar isyarat pada otak.

Kesannya, otak akan mentafsir kamu belum kenyang dan menyebabkan kamu makan dengan banyak. Dalam jangka masa panjang, kamu akan terdedah dengan penyakit obesiti.

Boleh Akibatkan Tersedak Makanan
Semasa makan dengan cepat, kamu akan lebih banyak menelan makanan daripada mengunyah terlebih dahulu. Situasi ini berisiko untuk menyebabkan kamu tersedak.

BACA:  Manusia Sering Terlepas Pandang Akan Dua Nikmat Ini. Insaflah

Walaupun ianya normal dan remeh, tetapi tersedak makanan boleh mengakibatkan kematian. Makanan tersebut akan tersangkut di kerongkong dan menyebabkan saluran pernafasan kamu terhalang.

Pedih Ulu Hati Atau Gastrik Boleh Berlaku
Pernah tak rasa pedih ulu hati atau jadi gastrik selepas makan? Makan dengan terlalu cepat boleh menyebabkan makanan masuk ke dalam perut dengan kadar yang laju. Akibatnya makanan tersebut tak akan sempat turun ke usus.

Ia boleh akibatkan makanan itu ditolak naik ke atas dan sebab itulah kamu berasa pedih atau sakit di bahagian dada. Bukan itu saja jika berlaku dengan kerap, ia boleh melukakan kerongkong.

Meskipun terbiasa makan dengan cepat, kamu disarankan untuk makan dengan perlahan-lahan dan mengunyah makan dengan sempurna. Daripada elakkan kematian, kamu juga dapat memberi ruang untuk badan mencerna dengan baik.

Selamat beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.