≡ Menu

Jika Kita Mengejek Orang Yang Berubah Ke Arah Kebaikan, Ketahuilah Darjat Kita Lebih Rendah Darinya

Perubahan. Perkara yang berat untuk dilakukan dan memerlukan dorongan serta panduan. Orang yang ingin berubah ke arah yang lebih baik sering kali disalah erti dan dipandang serong. Kesalahan yang lama pula diulang-ulang oleh orang lain sehingga semangat yang tadinya berkobar-kobar layu semula.

Pernah tak dengar cerita tentang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian pergi berjumpa seorang ahli ibadah untuk meminta pandangan adakah dirinya masih boleh berubah. Jawapan ‘tidak’ yang diterima membuatkan dia membunuh buat kali ke-100.

Namun, apabila dia bertanya orang yang berilmu yang memberinya harapan, yang mengatakan dia masih boleh berubah dan layak bertaubat, maka harapan itu meningkat kembali sehingga dia berhijrah ke kampung yang lebih baik masyarakatnya untuk berubah dan melakukan ibadah.

Kadang-kadang, orang berasa berat untuk berubah bukan kerana perubahan itu sendiri tetapi pandangan serong, kata-kata sinis atau menghukum yang diterima daripada orang di sekeliling.

Yang berat itu perasaan kecewa dan sedih dalam hati, bukan perubahan itu sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sama seperti cerita di atas, lelaki tersebut yang sudah memasang azam dan niat untuk berubah kian bersemangat dan yakin apabila menemui orang yang baik dan bersikap rahmah terhadapnya, yang memberikan dia nasihat yang baik agar berhijrah ke tempat baru yang lebih baik dan mulakan hidup baru di sana.

BACA:  Tiga Belas Aurat Wanita Anda Perlu Tahu

Sekalipun dia tidak sempat pun melakukan apa-apa kerana menemui kematian di pertengahan jalan, namun kerana hatinya yang sudah cenderung ke arah kebaikan, maka kematiannya dikira baik.

Malah Allah sendiri berfirman bahawa kata-kata yang menyakiti orang lain sangat berat akibatnya. Orang yang sudah berubah dikatakan masih jahat dan masih melakukan dosa.

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (Surah Al-Ahzab 33: 58)

Daripada Abu Zar RA, dikatakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

Maksudnya: “Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” [Riwayat al-Bukhari (6045)

Pesan Mufti Menk, jangan jadi terlalu keras pada orang lain. Jangan menghukum mereka kerana kesilapan lampau. Selagi mereka berusaha, walau sangat perlahan, ia jauh lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Dan niat mereka pasti dilihat lebih bernilai di sisi Allah.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.