≡ Menu

Jus Kolestrol DIY, Jus Kasih Isteri Buat Suami

Jus Kolestrol DIY, Jus rutin mr hubby, yg saya panggil jus kolestrol, dah sebulan habis. Kesian mr hubby tpaksa ponteng minum, beli yg di jual di luar mr hubby x suka, tak seenak & sesegar yg isteri buat, katanya, hehe😀.

Jus ni tbukti mujarab unt mr hubby, sbb dulu2 setiapkali pi check-up doktor, result yg confirmed dpt, tahap kolestrol dlm bdn sgt tinggi.

Tapi sejak mr hubby dok amalkn minum ni setiap pagi, sejak setahun lebih yg lalu, kolestrol dlm bdn mr hubby di paras normal saja, Alhamdulillah.

Juga mr hubby kata, badan dia akn rasa ringan, bpeluh dan lawas ke toilet bila minum 2 sudu jus ni setiap pagi.

Dah jadi amalan mr hubby, pagi2 sebelum keluar pi masjid for subuh, dia akn keluarkn sebotol dr fridge, letak atas meja mkn, then dia ke masjid.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebaik balik dr subuh, kesan sejuk petiais dah hilang, dan jus yg tadi sgt pekat dah kembali jadi spt sepatutnya, mr hubby akn minum 2 sudu besar tiap2 pagi, without fail.

Then mr hubby akn biar je botol tu atas meja, unt saya minum pula bila saya turun ke dapur, dan kemudian saya yg akn simpan kembali botol tu dlm fridge.

Itu rutin rasmi kami bdua…

So pagi ni, mokji bkesempatan buat jus ni lagi, khusus buat pokji, my darling mr hubby❤️❤️

Klu yg nak try, mokji kongsikn resepi di bawah.
Baca details di caption gambar di bawah ya..
Semoga mjadi ilmu yg bmanafaat buat semua😘😘

JUS KOLESTROL DIY

BAHAN-BAHAN

  1. Halia ( di blend unt dpt secawan pati jus pekat)
  2. Bawang putih ( di blend unt dpt secawan pati jus pekat),
  3. Lemon ( di blend unt dpt secawan pati jus pekat)
  4. Madu ( secawan or ikut suka tahap manis )
  5. Jus cuka epal ( secawan).

CARA-CARA

1. Kupas / kopek kulit halia, bawang putih & lemon, basuh bersih.

2. Potong halia & bawang putih kecil2.

3. Saya bllend halia dulu, bersama secawan air dr mesin penapis. [ tapi klu nak blend semua halia, bawang puyih & lemon sekaligus pun ok juga.., ikut cara masing2. ]

4. Bila blend, masukkn sikit demi sikit air & blend, then tambah lagi air, dan blend lagi. Buat mcm tu sampai halia betul2 lumat…sbb klu tak blend betul2, akn rasa serat / hampas halia yg kasar2, nanti x sedap jus kita…]

5. Tuang jus halia tersebut ke dlm penapis dan terus ke periuk..
[Saya tapis sebab saya nak pastikn serat halia lumat dan gebu, tidak berserat.]

6. Serat yg dah di tapis ni saya blend sekali lagi, bagi betul2 lumat mcm debu..Tuang dlm periuk tadi.

7. Then guna blender yg sama, tak pyh basuh, terus masuk bawang putih, sedikit air dr penapis & kisar hingga lumat juga.

8. Tuang garlic ke dlm periuk yg berisi halia tadi.

9. Then potong kecil2 lemon, buang biji2 nya.
[saya tak potong awal2 tadi sbb x nak jusnya terkeluar byk], terus masuk blender, sedikit air dr mesin penapis & blend lumat.

BACA:  Kenapa Ibu Mengandung Digalakkan Makan Omega-3. Ini Manfaat Lain Selain Kecerdasan

10. Tuang lemon jus ke dlm periuk yg berisi halia & bawang putih. Kacau rata.

11. Sambil2 kacau tu, perhatikan klu ada any bahan2 hitam dr kulit bawang or kulit halia, or biji lemon, buangkan, unt jadikn jus kolestrol kita nampak bersih dan cantik..

12. Letak periuk yg berisi semua campuran tadi atas api, kacau hingga mendidih.

13. Bila dah mdidih, masukkn jus cuka epal / epal cider. Kacau rata, sampai mdidih lagi. Then tutup api.

14. Tutup periuk separa. Then tinggalkn sampai ramuan di dalam hampir sejuk. Pi buat kerja lain dulu.

15. Bila dah sejuk, tuangkn madu ke dalamnya. Tuang sikit demi sikit. Rasakan tahap manis2 masam yg di sukai.. Kacau hingga sebati.

Masa kacau ni baca la apa2 ayat Quran yg di sukai…dan jgn lupa bdoa; minta semoga dgn izin Allah jus ini berupaya mjadi ubat yg mujarab, sesiapa yg minum, terutama suami kita, di jauhkn dr sebarang prnyakit dan di sembuhkn dr segala yg bkaitan kolestrol, jantung, stroke, hblood & segala…amiin

Inilah rupa jus kolestrol mokji mona punya versi. Sedap, manis2 masam. Yummy2, dan sgt bkhasiat.

16. Then tuang dlm botol. Sebaiknya gunakan botol kaca. Hasil yg saya dpt blh la tahan 3-4 bulan.

17. Akhir sekali simpan dlm peti sejuk.
Keluarkn satu botol bila nak minum.
Ambil tiap2 pagi masa perut kosong sebanyak 2 sudu besar.

Semoga bermanafaat. Silakan share jika mahu.

Sumber: Mona Din

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.