≡ Menu

Tak Ramai Pesakit Diabetes Tahu Yang Kacang Kuda Ini Boleh Menurunkan Paras Gula

Anda perlu tahu kacang kuda adalah sejenis kekacang yang ditanam paling awal, sejak zaman dahulu. Kacang kuda mempunyai sumber serat yang tinggi, mengandungi lemak, karbohidrat dan banyak vitamin dan mineral yang sihat di dalamnya. Selain itu, dalam kacang kuda terdapat sumber protein yang tinggi. Jadi kacang jenis ini dapat menggantikan daging untuk mereka yang vegetarian. Kacang ini adalah bahan utama dalam hummus dan merupakan makan ringgan yang sangat popular.

Menurut laman web Brightside, mereka telah menemui 10 perkara yang akan berlaku kepada tubuh, manfaat daripada kacang kuda.

Berat badan
Kacang kuda sangat tinggi kandungan protein dan serat di dalamnya. Hal ini akan membuatkan anda akan berasa kenyang kerana kacang kuda akan melambatkan proses pencernaan. Ia juga boleh membantu anda untuk mengurangkan selera makan.

Tulang akan lebih sihat.
Kacang kuda merupakan sumber kalsium, zat besi, magnesium, zink dan vitamin K dan A yang sangat baik. Kesemua khasiat yang terkandung dalam kacang kuda adalah khasiat yang baik untuk pertumbuhan tulang, mineralisasi tulang dan penghasilan kolagen.

Kulit lebih baik.
Vitamin C,E, dan K yang terdapat dalam kacang kuda sangat penting bagi kesihatan kulit. Ia dapat membantu menyembuhkan luka, menghilangkan kedutan, mencegah kulit kering dan melindungi kerosakan oleh sinar matahari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurun kadar gula dalam darah
Kacang kuda yang tinggi serat dan protein dapat membantu mencegah kadar gula dalam darah anda supaya tidak terlalu naik setelah makan. Ia juga dapat menguruskan diabetes. Beberapa kandungan mineral yang terdapat dalam kacang kuda seperti magnesium dan zinek akan mengurangkan risiko penyakit diabetes.

Penghadaman yang lebih baik.
Dalam kacang kuda terdapat serat makanan yang dapat membantu untuk meningkatkan sistem pencernaan, mengurangkan risiko sidrom iritasi usus, dan mencegah sembelit.

Mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.
Kerana kacang kuda mengandungi magnesium dan kalium. Ia dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi. Ini akan mengurangkan risiko orang yang menderita strok atau serangan jantung. Serat larut terbukti akan menurunkan kadar kolesterol lipoprotein yang berketumpatan rendah atau kolesterol yang teruk. Kacang kuda juga sangat baik untuk kesihatan jantung anda.

BACA:  Apa Pandangan Islam Tentang Sendawa Kuat Dihadapan Orang

Pertumbuhan rambut yang lebih baik.
Kandungan protein dan vitamin A, dan B, dan nutrien lain yang terdapat dalam kacang kuda akan membantu anda mencegah keguguran rambut yang teruk dan membantu untuk pertumbuhan rambut yang baru.

Meningkatkan kesihatan mata.
Kacang ini turut mengandungi precursor vitamin A, B-karoten. Kandungan ini mempunyai kesan anti-radang yang akan membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan mata.

Peningkatan fungsi otak.
Kolin yang terkandung dalam kacang kuda, dapat dikaitan dengan peningkatan prestasi kognitif termasuk memori dan pemprosesan yang lebih baik.

Perlindungan dari penyakit barah.
Kacang kuda akan membantu mengurangkan risiko kepada beberapa jenis barah. Hasil pengeluaran butyrate berpotensi untuk mengurangkan keradangan pada sel-sel usus besar. Seterusnya, dapat membantu menurunkan risiko barah susu besar. Kandungan saponin dalam kacang kuda dapat membantu menghalang pertumbuhan tumor. Beberapa vitamin dan mineral lain yang ada pada kacang kuda akan membantu mengurangkan risiko barah payudara dan paru-paru.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.