≡ Menu

Kagumilah Keistimewaan Dan Mukjizat Al-Quran, Berimanlah Wahai Manusia

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” [Surah al-Hijr 9]

#Imam Ibnu Kathir berkata: “Kemudian Allah swt menetapkan bahawa Allahlah yang menurunkan al-Zikr iaitu al-Quran. Dan Dialah juga yang memeliharanya daripada sebarang usaha untuk mengubah dan menggantinya” (Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: “Ini adalah keistimewaan al-Quran kerana Allah swt telah menjamin untuk menjaga dan memeliharanya sepanjang masa. Berbeza dengan kitab-kitab terdahulu, para rahib dan pendeta yang diperintahkan untuk menjaganya namun mereka mencemarinya, menyalahgunakannya dan menggantinya. Bahkan kitab-kitab terdahulu yang asli telah hilang tanpa diketahui jejaknya.” (Lihat: al-Tafsir al-Munir)

#Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dipelihara dengan begitu rapi. Ramai penghafaz al-Quran setiap zaman bermula zaman Rasullullah saw lagi hinggalah ke hari ini. Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat awalnya ramai penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan. Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan serta bertetapan dengan firman Allah swt di atas.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Maka, manfaatkanlah kehebatan al-Quran ini untuk memandu kita dalam segala urusan dunia dan akhirat dengan cara membacanya, menghafaznya, memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan.

#As-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk pra ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara membacanya.

Allah swt sentiasa memelihara kalamNya dengan sebaik-baiknya. Maka, kita juga perlu memelihara al-Quran dengan sentiasa membaca, menghafaz, belajar memahami maksudnya dan mengamalkannya

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.