≡ Menu

Kalau Ada Petanda Ini, Ia Bukan Sakit Perut Biasa. Ini Tanda Apendiks!

Many studies have demonstrated that surgery may not be necessary for all cases of appendicitis.

Kebanyakan kita sudah terbiasa dengan sakit perut yang berpunca dari pelbagai sebab. Ada yang akibat gastrik, keracunan makanan, kembung perut, masalah penghadaman dan sebagainya. Namun ada juga disebabkan dari sakit apendiks sehingga memberikan rasa mencucuk pada bahagian kanan perut.

Sakit apendiks bukan boleh pulih seperti sakit perut biasa yang boleh hilang dari perkumuhan. Ia boleh menjadi serius sehingga boleh dibawa ke bilik pembedahan.

Apa sebenarnya apendiks ini?

Ia tidak diketahui apa fungsinya dan ada teori mengatakan apendiks bertindak sebagai mengumpul bakteria baik supaya mengembalikan sistem penghadaman selepas sakit cirit-birit. Kedudukan apendiks terletak pada hujung usus besar dan kecil.

BACA:  Dakwat Sotong. Halalkah Ia Untuk Dimakan?

Sakit apendiks boleh dikatakan sama seperti sakit perut biasa tapi anda perlu berhati-hati jika ia mula makin melarat. Ini kerana anda tidak boleh mengambil ubat-ubatan biasa farmasi, ia memerlukan rawatan penuh di hospital. Kenali tanda-tanda sakit apendiks yang mungkin berlaku tanpa anda sedar:

Sakit bahagian abdomen

Ia sakit yang pedih dan terasa bengkak pada bahagian bawah kanan perut. Jika anda menggeliat, berjalan dan duduk memberi rasa yang tidak selesa. Malah ia boleh menular kebahagian belakang badan dan pelvis. Rasa sakit tersebut akan datang secara berterusan sehingga menggangu aktiviti seharian anda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loya, muntah dan hilang selera makan

Simptom kedua ini sama seperti jika keracunan makanan. Apendiks boleh menyebabkan anda hilang selera makan dan memberi impak kepada sistem saraf dimana anda terasa loya dan ingin muntah. Rasa ketidakselesaan ini akibat daripada apendiks terkena jangkitan dan menjadi radang.

BACA:  Kenapa Bulan Muharam Menjadi Permulaan Tahun Hijriyah?
Demam

Tanpa sakit tekak, batuk atau selesema tiba-tiba anda terkena demam. Apendiks yang terkena jangkitan boleh menyerang sistem imunisasi badan sehingga demam bersuhu 37 dan 38 darjah celcius.

Anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor terus jika sakit diatas berlarutan. Biasanya pesakit akan diberi suntikan antibiotik sebagai pencegahan atau pembedahan kecemasan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.