≡ Menu

Kalau Boleh, Kurangkan Makanan Ini Semasa Mengandung Untuk Mengelakkan Keguguran

Tak tahulah sama ada mitos atau tidak, tetapi pernah tak kamu dengar mengenai pantang larang untuk wanita mengandung?

Bukan apa, orang tua dulu-dulu kebanyakan mereka akan melarang wanita mengandung makan beberapa jenis makanan kerana boleh sebabkan keguguran.

Walaupun dengar macam karut tetapi ada sebab disebaliknya kenapa ia menjadi larangan untuk wanita mengandung.

Kalau kamu nak tahu, beberapa makanan ini memang boleh menyebabkan keguguran berlaku jika diambil ketika mengandung.

Aloe Vera

Walaupun aloe vera terkenal dalam pelbagai jenis kebaikan dan manfaatnya, tetapi wanita mengandung perlu elak tanaman ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Aloe vera mengandungi salah satu bahan seperti anthraquinones iaitu sejenis ubat julap. Bahan ini mampu menyebabkan kontraksi pada rahim dan pendarahan pelvis yang merisikokan kandungan.

Tetapi kalau kamu nak tahu, penggunaan gel aloe vera di bahagian luar seperti kulit tidak berbahaya dan boleh digunakan. Wanita mengandung hanya perlu elakkan daripada makan atau dibuat jus sahaja.

Betik Muda 

Untuk pengetahuan kamu, betik muda atau betik berwarna hijau sebenarnya tidak elok dimakan oleh wanita mengandung.

Buah betik muda mempunyai enzim yang boleh mencetuskan kontraksi awal di mana ia mempunyai risiko yang tinggi unruk keguguran berlaku.

Hati Haiwan 

Tak dinafikan organ seperti hati haiwan memang berkhasiat dan bernutrisi. Tetapi untuk wanita mengandung, ia boleh menjadi bahaya.

Buah betik muda mempunyai enzim yang boleh mencetuskan kontraksi awal di mana ia mempunyai risiko yang tinggi unruk keguguran berlaku.

Hati Haiwan 

Tak dinafikan organ seperti hati haiwan memang berkhasiat dan bernutrisi. Tetapi untuk wanita mengandung, ia boleh menjadi bahaya.

Kalau kamu nak tahu, buah nanas mengandungi bromelain yang tinggi. Kandungan yang tinggi ini boleh membuatkan otot rahim kamu menjadi licin dan mengecut dengan cepat.

Jadi sebab itulah buah ini dilarang untuk wanita mengandung makan. Tambah-tambah lagi di awal tiga bulan pertama mengandung.

Telur Mentah 

Memang sedap kalau boleh makan telur separuh masak, tetapi makanan ini boleh menjadi bahaya kepada wanita mengandung.

Ini kerana telur separuh masak dan mentah boleh mengandungi bakteria Salmonella dan keracunan. Walaupun ianya jarang berlaku tetapi ia boleh menyebabkan kekejangan pada rahim dan kelahiran pramatang.

Kalau nak makan telur pastikan kamu memasak telur putih dan kuning dengan sempurna sebelum makan.

Sayur Dan Buah Yang Tidak Dibasuh

Ketika kamu mengandung, sayur dan buah sangat digalakkan untuk wanita mengandung makan kerana nutrien dan khasiatnya sangat bagus untuk kandungan.

Tetapi kamu perlu elak makan sayur dan buah yang tidak dibasuh. Ini kerana makanan ini mengandungi parasit seperti Toxoplasma Gondii yang boleh memberi kesan buruk kepada kandungan.

BACA:  Inilah Bahaya Dosa dari Percikan Kencing

Oleh itu, rendam sayur dan buah di dalam air garam yang bersih dan cuci di bawah air yang mengalir sebelum dimakan. Pastikan juga kamu mengupas kulit buah sebelum makan.

Makanan Yang Diproses

Makanan yang diproses seperti sosej, daging burgernugget dan sebagainya tidak sesuai untuk dimakan ketika mengandung.

Jenis-jenis makanan ini sebenarnya mempunyai risiko kandungan bakteria Toxoplasma GondiiListeria atau Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan berlaku.

Bagi wanita mengandung yang mengambil makanan diproses, bakteria yang terdapat makanan tersebut boleh menular kepada bayi sehingga boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang dan mati ketika dilahirkan.

Bahan Tenusu Yang Tidak Dipasteurisasi

Produk tenusu seperti susu mentah atau keju mempunyai risiko pembawa bakteria seperti Listeria Monocytogenes yang dapat membahayakan kandungan.

Tidak sesuai dan patut dielakkan oleh wanita mengandung untuk makan atau minum bahan tenusu yang belum dipasteurisasi kerana ia boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

Bagi wanita mengandung, tak salah jika kamu elak daripada makan makanan ini kerana ia boleh membahayakan kesihatan kamu dan kandungan.

Untuk melahirkan bayi yang sihat dan selamat, pastikan kamu mengambil makanan yang segar dan bernutrisi serta beberapa supplement yang disyorkan oleh doktor.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.