≡ Menu

Kalau Nak Urusan Kita Dipermudahkan, Bersihkan Jiwa Dahulu. Insya’Allah

Imam al-Ghazali melalui karya agungnya Ihya’ Ulumuddin, menegaskan beberapa adab dalam menuntut ilmu dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua aspek ilmu dan adab.

Tujuh adab ditekankan Imam al-Ghazali ini sesuai diamalkan dalam kedua-dua kaedah pembelajaran, sama ada secara bersemuka ataupun menerusi alam maya.

Pertama, membersihkan jiwa. Untuk membersihkan jiwa, niat untuk menuntut ilmu mestilah sering diperbaharui kerana ilmu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke dalam jiwa yang kotor mahupun niat yang buruk. Oleh itu, pelajar digalak memulakan sesi pengajian pada semester baharu dengan azam yang baharu dan jiwa yang bersih.

Kedua, mengurangkan kesenangan dunia dan pergi mengembara ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, Allah SWT tidak menjadikan dua jantung bagi seseorang dalam rongga badannya. Oleh itu dikatakan, “Ilmu itu tidak memberikan sebahagiannya hingga engkau memberinya seluruh milikmu.”

Beliau juga menggalakkan untuk mengembara jauh bagi menuntut ilmu supaya hati lebih berpusat kepada ilmu, tetapi dalam tempoh pandemik ini, pengembaraan terbaik kemungkinannya adalah melalui pembacaan buku yang baik untuk mengembara secara ilmiah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ketiga, menjauhi sifat sombong. Menurut Imam al-Ghazali, ilmu enggan masuk kepada orang yang sombong seperti banjir yang tidak dapat mencapai tempat yang tinggi.

BACA:  Lemparlah Pasir! Ini Pesan Rasulullah Tentang Bahaya Pujian Yang Melambung!

Biarpun mungkin pelajar mempunyai pengetahuan lebih baik daripada guru mereka dalam aspek teknologi moden atau apa sahaja bidang, pelajar digalakkan merendah diri dan tidak takbur atas kemahiran mereka.

Keempat, menghindari perbalahan sesama manusia. Menurut Al-Ghazali, hal itu termasuklah mengadu domba kerana ia hanya memberi kesan negatif yang dapat menimbulkan kebingungan saat menuntut ilmu.

Di alam maya, ia banyak terjadi dengan memberi komentar dan kritikan negatif melalui tulisan ataupun menyebarkan informasi palsu. Ini juga adab yang perlu dijaga.

Kelima, menekuni suatu bidang ilmu dengan baik. Ketekunan memerlukan kesungguhan dengan menepati masa dan hadir kelas tanpa culas, memberi kerjasama yang baik ketika sesi kuliah dijalankan dan menjalankan semua tugasan dengan penuh amanah.

Keenam, memberi perhatian kepada ilmu akhirat. Imam Al-Ghazali menekankan bahawa ilmu yang dimaksudkan adalah sebahagian ilmu mukasyafah iaitu makrifatullah atau mengenal Allah. Beliau menegaskan ilmu paling mulia dan puncaknya adalah mengenai Allah.

BACA:  Ulang-Ulang Surah Semasa Solat. Sah Atau Tidak Solat?

Apa sahaja bidang ilmu yang diceburi akhirnya akan kembali kepada Allah sebagai al-‘Alim (Yang Maha Mengetahui).

Ketujuh, tidak mengharapkan harta, kedudukan dan kepemimpinan. Beliau menyatakan bahawa tujuan utama menuntut ilmu adalah untuk menghiasi dalaman diri dengan harapan semata-mata kerana Allah.

Oleh yang demikian, Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata ini buat semua penuntut ilmu:

“Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari materi dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah SAW dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, “Biarpun kantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata jika tak karena Allah”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.