≡ Menu

Kalau Tengok Anak Pegang Ayam Yang Tidak Dimasak Sempurna, Segera Buang!

Ayam merupakan makanan kegemaran setiap orang terutamanya kanak-kanak. Jika ayam tersebut di goreng lagi ianya menjadi rebutan kanak-kanak ini. Ada yang siap bergaduh hanya kerana merebutkan ayam goreng.

Tetapi apa yang mungkin orang di luar sana kurang sedar ialah, mereka kurang tahu tahap ayam yang sudah masak di dalamnya kerana ada ketika ayam di luar sudah nampak masak tetapi didalamnya masih mentah berdarah. Ini juga seringkali berlaku jika kita membeli makanan di kedai.

Perkara ini sebenarnya memberi kesan yang bahaya terutamanya pada kanak-kanak jika mereka memakannya. Ikuti perkongsian oleh Dr Redza Zainol melalui laman Facebooknya berkaitan kesan memakan ayam yang masih mentah ini.

MAKANAN YANG DI BELI DARI KEDAI

“Ada ke beli makanan dari luar?” Berkali-kali saya tanya barulah ibu ni teringat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Ya lah, saya ada beli nasi ayam untuk anak-anak. Selalu saya masak sendiri tapi minggu ni sibuk betul.” Sambil tu dia usap kepala anaknya yang tengah terbaring lemah. Jari tangan semuanya sejuk, mata pun cengkung.

BACA:  Sayangi Ibu Bapa. Jaga Hati Mereka Dengan 11 Tips Berguna Ini

Sayu hati ibu ni tengok anak kecilnya dah muntah dan cirit birit hampir 20 kali. Yang buat dia betul-betul risau bila anak dia sendiri merayu nak pergi ke hospital.

“Adik dah tak larat maa. Tolong ma.” “Sebenarnya anak saya ada mengadu dalam daging ayam tu ada darah tapi bayi saya menangis nak susu, terus saya terlupa. Bila saya datang balik, dah habis dia makan semuanya,” penuh dengan nada kesal.

Banyak sangat kes keracunan makanan oleh kanak-kanak disebabkan makanan yang tak dimasak dengan sempurna. Salmonella dan Campylobacter antara bakteria yang akan hidup pada bahagian darah ayam yang tak dimasak sepenuhnya.

Jangkitan Salmonella dan Campylobacter jika lambat dirawat, ia boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran darah anak. Bila jadi begini, anak akan demam tinggi, menggigil-gigil dan paling teruk hingga boleh menyebabkan kematian.

BACA:  Hari Arafah, Jangan Lepaskan Peluang Untuk Rebut Fadhilat Ini

TANDA-TANDA AYAM TAK CUKUP MASAK

Ibu dan ayah kena tolong periksa setiap makanan sebelum diberi pada anak. Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:

– Warna : ayam berwarna kelabu dan pucat

– Bau : hanyir atau bau seperti telur rosak

– Tekstur : berlendir bila dipegang

– Kulat : tanda kulat warna hijau atau hitam pada permukaan ayam

– Darah : darah pada tulang atau sendi ayam

– Rasa : masam atau lain dari rasa ayam

Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Menyesal betul kalau anak jadi sakit sebab kita yang tersalah bagi makanan tercemar pada anak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.