≡ Menu

Kalau Was-Was, Cepat-Cepatlah Baca Ayat Ini Kerana Surah Al-A’raf, Allah Sudah Pesan

RAMAI dalam kalangan kita yang mengalami masalah waswas. Segelintir orang mungkin mengalami perasaan ini hanya dalam keadaan tertentu atau sesekali sahaja.

Namun begitu, ada orang yang memang sering kali diganggu dengan rasa waswas. Hidupnya rasa serba tidak kena apabila melakukan suatu perkara.

Hinggakan ketika sedang solat sekalipun kerap terlupa bilangan rakaat bagi sembahyang yang didirikannya.

Begitu juga ketika berwuduk, dirinya seolah-olah waswas setiap kali mengambil wuduk. Pada masa itulah, terasa seperti sudah terkentut.

Apabila sudah diulangi wuduk berkenaan, perkara sama berulang hinggakan terpaksa berwuduk berkali-kali.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Situasi berkenaan nampak seperti remeh, namun ketahuilah, itulah sebenarnya cara syaitan untuk mengganggu kita.

BACA:  Ini Tabiat Dalam Rumah Yang Mungkin Menyempitkan Rezeki. Dah Buat Macam Macam, Tapi Masih Rasa Tak Cukup.

Was was terjadi pada tiga tempat dalam diri seseorang.

“Pertama, waswas kepada keyakinan iaitu akidah dan iman kita. Ia menyebabkan kita sendiri teragak-agak dengan Islam.

“Kedua, waswas dalam ibadah. Itulah yang berlaku apabila ada orang berjam-jam mengambil wuduk hingga air kolah habis ataupun semasa mendirikan solat.

“Ketiga, waswas pada akhlak. Umpamanya, kita melihat orang berbisik-bisik dan menyangkakan mereka memperkatakan tentang kita. Padahal, perihal kita langsung tidak disebutkan oleh orang berkenaan. Ini juga dinamakan sebagai waswas,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

Justeru, agamawan itu mengingatkan kita supaya berjaga-jagalah dengan penyakit waswas yang boleh menyerang dalam diri kita bila-bila masa.

BACA:  Mangsa Maut Dalam Pergelutan Tinggalkan Bayi 4 Bulan

“Apabila kita diserang penyakit waswas, maka bacalah a’uzubillahi minasy syaitanir rajim atau berta’awuz memohon perlindungan daripada ALLAH,” jelas beliau.

Ia sebagaimana yang disebutkan ALLAH SWT menerusi firman-NYA: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR, lagi MAHA MENGETAHUI.” (Surah al-A’araf, ayat 200)

BACALAH ta’awuz apabila diri dibelenggu dengan rasa waswas hasil hasutan syaitan.

Jelas bahawa sebaik-baik ucapan adalah apa yang diajarkan oleh ALLAH kepada kita.

Justeru, lazimkanlah diri kita dengan menyebut lafaz ta’awuz. Semoga kita dijauhkan daripada bisikan syaitan yang direjam itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.