≡ Menu

Kangkung, Nama Sayur Yang Common, Tapi Banyak Khasiatnya Kepada Kesihatan

Apakah khasiat sayur kangkung terhadap kesihatan badan kita? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat sayur ini kepada tubuh badan kita.

Kangkung adalah tanaman yang telah banyak ditanam dalam budaya orang Asia sejak beberapa generasi. Oleh kerana proses penjagaan dan penuaian yang agak mudah dan permintaan yang semakin meningkat, kangkung merupakan tanaman pilihan bagi kebanyakkan petani.

Kangkung boleh dituai selepas 20 hari dan ia tumbuh elok di kawasan yang panas dan lembab. Kangkung hanya memerlukan sedikit baja dan selalu disiram. Artikel ini menceritakan khasiat kangkung yang perlu anda tahu.

Kandungan nutrisi
Kandungan nutrisi bagi 100 grams Bayam Brazil mentah adalah seperti berikut:

Nutrisi
Air g 90.9
Tenaga kcal 19
Protein g 2.6
Lemak g 0.2
Karbohidrat g 3.1
Serat g 2.1
Kalsium mg 77
Zat besi mg 1.67
Magnesium mg 71
Kalium mg 312
Vitamin C mg 55
Vitamin A µg 315

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Khasiat kangkung

1. Membantu sembelit

Kangkung mempunyai kandungan serat yang tinggi di mana 100-grams kangkung mengandungi 2.1gram serat. Kangkung merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Kandungan serat dalam kangkung juga dapat mengawal paras gula dalam darah secara perlahan supaya gula dalam darah tidak naik secara mendadak.

3. Mengekalkan kesihatan buah pinggang

Kangkung mengandungi kandungai air yang tinggi. Ini dapat membantu buah pinggang dalam proses penapisan darah. 100-grams kangkung mengandungi hampir 90% air.

4. Mengandungi antioksidan

Seperti sayur hijau yang lain, kangkung juga mengandungi antioksidan. Antioksidan ini berfungsi untuk melindungi sel badan daripadda kerosakan dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kanser. Antara antioksidan yang terdapat dalam kangkung ialah beta-karotene, xanthin, cryptoxanthin serta vitamin C.

5. Membantu proses penyembuhan luka

Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi. Di samping bertindak sebagai antioksidan, ia juga penting bagi proses penyembuhan luka dengan menjana semula sel kulit baru dan mempercepat proses penyembuhan.

6. Mengekalkan kesihatan mata

Kangkung mengandungi komponen zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Komponen ini dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab kebutaan. Ia berfungsi untuk menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.

Selain itu, bayam mengandungi vitamin A, yang merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

7. Mengawal tekanan darah tinggi

Kangkung kaya dengan potassium yang berperanan dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, asid folat yang terdapat dalam kangkung membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan mengembangkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.

BACA:  10 Tip Atau Petua Di Gigit Serangga Berbisa Termasuk Lipan

8. Mengekalkan kesihatan tulang

Kangkung mengandungi kalsium yang penting bagi menguatkan tulang. Ia dapat mengurangkan risiko tulang rapuh (osteoporosis).

9. Mengekalkan kesihatan kulit

Kandung vitamin A dalam kangkung membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan kedutan.

10. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Bayam adalah sumber folat, di mana ia dapat mengurangkan kadar homosistein iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam darah. Homosistein yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

11. Tumbesaran kanak-kanak

Seperti sayur-sayuran hijau yang lain, kangkung mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting bagi tumbesaran kanak-kanak.

12. Rendah kalori

Kangkung mempunyai kalori yang rendah dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan, Ia membantu bagi anda berasa kenyang lebih lama.

Kesimpulan
Kangkung mengandungi pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan juga merupakan sumber serat yang bagus. Ia memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengawal tekanan darah tinggi, paras gula, mengekalkan kesihatan tulang dan kesihatan jantung.

Diharapakan artikel Khasiat Sayur Kangkung ini dapat memberikan kesedaran berkenaan pentingnya sayuran dalam kehidupan kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.