≡ Menu

Kanser Prostat, Jika Berusia 45 Tahun Ke Atas, Elok Lah Kita Berhati-Hati

SOALAN 1:

DOKTOR, suami saya mempunyai sejarah keluarga yang pernah diserang kanser prostat suatu masa dahulu. Namun demikian, kini telah bebas sepenuhnya. Saya ingin bertanya, apakah kebarangkalian untuk suami saya turut diserang kanser prostat adalah tinggi kerana beliau merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Apakah tanda-tanda awal yang perlu dikesan? Mohon penjelasan daripada doktor.

– ISTERI PRIHATIN

JAWAPAN:

TERDAPAT tiga faktor yang memainkan peranan penting untuk menentukan sama ada seseorang itu berisiko tinggi untuk mengalami kanser prostat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Orang ramai akan perasan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut adalah faktor semula jadi dan tidak boleh diubah suai.

Faktor pertama adalah umur. Kanser prostat jarang berlaku dalam kalangan lelaki berumur kurang daripada 50 tahun.

Sebarang penilaian untuk kanser prostat hanya perlu apabila lelaki berusia 50 tahun ke atas sahaja.

BACA:  Jangan Sesekali Rawat Jerawat Dengan Ubat Gigi

Faktor kedua pula faktor etnik. Insiden kanser prostat adalah paling tinggi dalam kalangan negara-negara Barat termasuk kumpulan etnik orang putih dan kumpulan etnik yang berasal dari Afrika.

Berbanding kita di Asia, agak kurang insiden kanser prostat tetapi malangnya di Malaysia, hampir 50 peratus kes-kes kanser prostat dikesan pada tahap yang sudah teruk (tahap empat) yang mana kaedah rawatan yang ada sangat terhad.

Faktor ketiga yang membawa saya kepada pertanyaan puan mengenai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat.

Jawapannya adalah benar. Risiko kanser prostat adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit tersebut, malah risiko bertambah tinggi jika ayah atau dua orang adik-beradik turut menghidap kanser prostat.

Terdapat juga faktor-faktor yang boleh diubah suai seperti faktor alam sekitar dan pemakanan seperti obesiti, makanan berlemak tinggi dan produk tenusu, tetapi bukti yang kukuh adalah masih kekurangan.

BACA:  Bersenam Dulu Ke Breakfast Dulu? Baca Dulu Penjelasan Ini

Memandangkan suami puan mempunyai sejarah keluarga dengan kanser prostat, beliau tidak seharusnya menunggu sehingga timbulnya tanda-tanda awal kanser prostat.

Biasanya, saringan untuk kanser prostat dilakukan bila seorang lelaki mencapai umur 50 tahun, tetapi saya syorkan agar suami puan berjumpa dengan seorang pakar urologi apabila mencecah umur 45 tahun walaupun beliau sihat tanpa sebarang gejala. Doktor pakar akan memberi nasihat dan kaunseling yang sewajarnya mengikut risiko sebelum membuat pemeriksaan prostat dan ujian saringan.

Kanser prostat pada peringkat awalnya tidak akan menunjukkan sebarang gejala, tetapi malangnya apabila timbul tanda-tanda seperti kesulitan membuang air kecil, sakit-sakit pada bahagian belakang dan kaki mungkin kanser sudah sudah berada pada tahap yang teruk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.