≡ Menu

Kawal Marah Anda. 3 Hadis Nabi Mengajar Kita Untuk Mengawal Nafsu Amarah Kita

Sikap pemarah, panas baran dan suka mengamuk merupakan antara sikap yang ‘dipangkah’ buat ramai wanita ketika mencari calon suami. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai sikap panas baran ini dan tidak tahu bagaimana untuk mengawalnya, lantas melakukan tindakan yang berakhir dengan penyesalan.

Seperti satu kes yang melibatkan kematian seorang pelajar berusia 17 tahun akibat tindakan seorang manusia yang mempunyai panas baran, kita perlu sedar bahawa sikap ini perlu diubah. Sudah pasti dalam agama Islam, ada beberapa tips dan sunnah dari Rasulullah SAW sendiri tentang bagaimana untuk anda mengawal amarah ini.

BACA:  Doa Untuk Orang Sakit. Ini Yang Rasulullah Ajar

TIPS DARI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK KAWAL MARAH & PANAS BARAN

1.Duduk jika sedang berdiri, baring jika sedang duduk. Boleh rujuk kepada hadith riwayat Imam Abu Dawud (4782)

2. Ambil wuduk. Marah adalah daripada syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Maka cara memadamnya adalah dengan air. Boleh rujuk hadith riwayat Abu Dawud (4784)

3.Jangan buat keputusan ketika sedang marah. Ini kerana kerasionalan kita mungkin terjejas akibat emosi dan marah kita. Boleh rujuk hadith riwayat Imam Muslim (1717)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4.Diam. Perkataan yang keluar dari seorang marah boleh merugikan diri. Ini adalah kalam nukilan dari kitab karangan Imam Bukhari iaitu Al-Adab Al-Mufrad.

5. Kurangkan melayari media sosial, mengapikan kemarahan akan lebih membara jika kita banyak melihat kemarahan yang lain.

6.Banyakkan istighfar dan berselawat. Antara kelebihan istighfar dan selawat adalah dapat tenangkan jiwa sikit demi sikit. Sikap panas baran boleh membunuh kita dari dalam, maka tenangkan diri.

*Jangan terikut-ikut perangai api seperti syaitan, jadilah sejuk seperti air yang kekal tenang mengalir dan menyegarkan minda…

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.