≡ Menu

Keberkatan Yang Dicari-Cari Dalam Kehidupan Seorang Mukmin

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat (di dunia sehingga akhirat) orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Marilah kita mendengar dan memahami peringatan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (٩٦)  [سورة الأعراف: ٩٦]     

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

(Maksudnya): Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berjanji kepada hamba dan makhlukNya memberi keberkatan yang banyak. Perkataan berkat maksudnya membawa kebaikan kehidupan dunia dan pahala di hari akhirat, memberi kebahagiaan dunia dan kebahagiaan akhirat, membawa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Perkataan berkat tidak ada dalam istilah agama lain, tidak ada dalam istilah ideologi-ideologi ciptaan manusia, tetapi dia ada pada janji Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sekali-kali memungkiri janjiNya. Ia mesti ditunaikan, sama ada janji dunia atau janji akhirat.

Dijanjikan kebaikan, bukan sewenang-wenang, bukan mudah untuk bercakap tentang berkat dan menerima keberkatan. Mestilah dengan syarat yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Syaratnya adalah ءَامَنُواْ (amanu – mereka itu beriman) dan وَاتَّقََوْاْ (wattaqau – dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala). Mesti beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan percaya kepada semua petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul ‘alaihimus sholatuwas salam yang disebut di dalam kitabNya, percaya kepada hukum syariatnya, percaya kepada janji dunia dan janji akhirat, perkara dunia dan perkara akhirat, perkara nyata dan perkara yang baik, percaya adilnya Allah Subhanahu wa Ta’ala, mulianya Allah Subhanahu wa Ta’ala, sempurnanya Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada bandingan dan tiada tandingan.

BACA:  Penghulu Ayat Al-Quran. Ini Fadhilat Ayat Al-Kursi.

Seterusnya dinyatakan kepercayaan itu dengan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Taqwa yang seringkali kita mendengar tiap-tiap minggu di dalam khutbah Jumaat dan di dalam khutbah-khutbah yang lain. Taqwa adalah sifat yang ada di dalam hati manusia, hati perasaan dan akal yang menggerakkan anggota manusia, sama ada menunaikan perkara yang baik yang diwajibkan dan yang diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan meninggalkan yang haram yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam seluruh kehidupan kita, dalam urusan ibadat dan urusan cara hidup kita semuanya mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan meninggalkan segala laranganNya. Sekiranya syarat ini tidak dilakukan dan tidak disempurnakan, maka tidak berhak mendapat berkat yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ وَقَالَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ. [رواه مسلم]

BACA:  Ikan Panggang Dan Ikan Bakar Boleh Meningkatkan Kecerdasan Otak

(Maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, tidak diterimaNya melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang Dia perintah kepada para rasul. Firman Allah Ta’ala: Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Dan firmanNya lagi: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah. Kemudian Rasulullah menyebut: Seorang lelaki yang jauh perjalanannya sehingga kusut masai dan berdebu rambutnya kerana banyaknya perjalanan. Lalu dia berdoa kepada Allah, wahai Tuhan, wahai Tuhan. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, diberi sejak kecil lagi dengan benda-benda yang haram. Maka bagaimana Allah memperkenankan doanya?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.